Yellow Cafe, Jeju Island |Review|

Jul 19, 2018

Yellow Cafe, Jeju Island
Assalamualaikumand Olla everyone!
Belum start tulis lagi dah senyum haha.. happy sangat nak tulis pasal pengalaman pergi Yellow Cafe kat Jeju Island. Very recently my husband and I pergi kitorang punya annual dating trip. Sebelum illy tulis recap the whole trip seminggu kami kat sana, illy ingat nak share dedicated post pasal tempat menarik nanti senang kalau korang pun nak pergi next time dah boleh imagine macam mana.
Kalau datang korea memang tak sah kalau tak try banana milk yang famous sangat kat sini. Kalau korang fan banana milk memang wajib datang sini. Lokasi kat daerah Seogwipo-si di Jeju Island. Akak dekat dengan hotel kitorang jalan kaki pun sampai.
Address : 90 Jungmungwangwang-ro, Seogwipo-si
Operating Hours : Daily 09:00~21:00
Contact Number : -739-1140
Yellow Cafe, Jeju Island
Actually baru balik berbasikal selama 2 jam tu yang husband illy pakai cam chill2 jer tu siap dengan bawa botol air cam budak tadika punada sikit illy tengok LOL dengan beg nyer hahaha.. Omey. Ni kalau dia baca post ni confirm illy kena pulas telinga LOL
Yellow Cafe ni betul2 depan museum K-Pop and dia cam bangunan 3 tingkat dorang ambik ground floor yang atas dia KFC tapi kitorang takda lah try KFC sebab celah mana nak cari ayam halal kat sini. Kitorang kalau gi kedai pun yang memang vegan atau pun seafood mostly kitorang gi pasar dia beli barang dapur and masak sendiri. Pasal menu apa kitorang masak kat Jeju nanti illy tulis blogpost lain k. Satu –satu dulu.
Yellow Cafe, Jeju Island
Kalau kat luar macam convinient store harga banana milk standard 1300 won lebih kurang RM4.65 kalau ikut currency rate masa illy tulis ni. Kat Yellow Cafe ni ada upgrade version of Banana Milk drinks and desserts. So ada macam smoothie lah, ada ice cream lahh.. dorang siap ada jual souvenirs. Masuk tahun ni jer dah 46 tahun Banana Milk punya industry tau jadi memang otai lah kalau bab dessert. Menu and price list kat Yellow Cafe boleh tengok kat picture yang illy snap ni k.
banana milk cafe
Interior dia memang yellow everywhere. Comel kot, tempat duduk sesuai untuk berdating haha.. Terlalu banyak spot untuk ber-ootd kat sini.
Yellow Cafe, Korea Jeju
Once korang masuk jer Yellow Cafe memang akan nampak port hiasan ni. Lebih kurang 10 minits juga husband illy spend time tengok2 gelak kat sini. Comel giler dia punya hiasan. Dia showcase tempat menarik dalam dunia pastu buat version banana milk. Ada satu tu illy nampak cam mini cleopatra pastu crown dia ada banana milk kat atas hahahaha comel kot.
Yellow Cafe, Korea Jeju
My husband and I memang sikit lagi nak jadi minion dah. Bukan lah peminat banana sangat tapi bila masuk tu nampak semua comel geram hahaha.. Kedai dia luas sangat. Time kitorang pergi tu pulak tengah weekday pastu tak ramai orang jadi memang sakan lah ambik gambar takda segan2 sangat.
Banana milk korea
Banana milk korea
Ni one of the other counter. Kat sini punya side banyak jual cenderamata.
Banana milk korea cafe
Luas kot area dia. Kitorang beli banana milk shake. Harga 6000 won kalau convert jadi RM21.46 Beli satu sudah nak merasa. Buat reward lepas tergolek main basikal tadi. Hahaha panjang citer pasal naik basikal yang tu pun kena dedicate satu entry LOL
P1100618
Kalau nak buat investement boleh lah beli seketul emas bentuk banana milk ni. Nak buat hape? Ingat gi holiday bawa juta-juta ke? Beli air rm20 pun kedekut hahahahaha
P1100610
Pastu ada lagi, kalau korang minat sangat dengan pisang boleh beli perfume pisang ni. Kot nanti senang jalan2 pastu kena peluk dengan monyet ke kan? Tapi yang subang banana mlik tu comel giler, teringin gak tapi kalau nak spend RM 71.52 untuk subang memang berdarah telinga illy kena bebel dengan husband nanti. Jadi untuk kebahagian sejagat kita tengok jer k.
P1100612
Yang ni pulak macam pendant illy rasa. Ada silver and gold. Setakat keychain magnet apa bagai tu illy tak minat sangat sebab buat kumpul habuk. Dulu rajin juga kumpul magnet tapi mata ni sejenis tak boleh tengok serabut last2 illy buang semua magnet tu. Skang ni more to kumpul gambar memory jer. Tak semak, susun dalam file masuk dropbox. Takpun kita tulis blog.
Banana milk korea cafe
As mentioned memang banyak spot dorang sediakan yang instagram-worthy. Kalau korang nak berangan ada peti ice penuh cami ni ke boleh lah. Illy pun alu-alukan kalau husband illy nak penuhkan peti ice dengan banana milk hahaahaha.. Haritu ada kawan pesan belikan banana milk sekali airport tak benarkan liquid at certain limit. Sad! Nak rasa kena gi lagi.
Okay tu jer la nak share our experiene pergi banana cafe. Hope it helps you  to get more insight. Bagi illy kalau bawa budak sini best memang dorang akan teruja sebab kitorang yang adult pun dah cam sakai gak sikit. We are at the end of this post. Thank you sebab sudi spend time untuk dropby blog illy. Till next blogpost, Don’t forget to take it  easy and smile!

__________________________________________________________________
Nak info lagi? Boleh beli Naracards, memang mudah untuk korang nak gi jalan ke Jeju. 
Baca info kat bawah ni k. Have fun!!


Korea Selatan merupakan salah sebuah negara yang semakin popular dalam Masyarakat Malaysia. Samaada menjadi destinasi pelancongan atau populariti Kpop yang semakin menular sehingga ke seluruh pelosok dunia. Ramai rakyat Malaysia mula mengunjungi Korea Selatan untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai negara ini. Tambahan pula, syarikat penerbangan kos rendah pula menawarkan penerbangan secara terus ke Seoul, Busan dan pulau Jeju hampir setiap hari. Post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang tips melancong ke Korea Selatan dengan budget yang rendah tanpa menggunakan travel agen.

Pertama kali ke Korea dan pergi tanpa travel agen? dengar sekali macam susah kan. Tapi sebenarnya tak susah. Kenapa tak susah? Baca artikel ini sehingga habis dan anda akan tahu pergi ke Korea pertama kali tanpa guna travel agen adalah trip yang sangat menjimatkan, selamat, tak sesat dan sangat mudah! Saya akan ceritakan secara ringkas 5 perkara penting perlu anda hadapi untuk travel secara sendiri ke Korea secara jimat.

5 PERKARA PENTING UNTUK TRAVEL MUDAH

#1 Tiket Penerbangan

Air asia selalu buat promo, kalau dapat yang murah jangan tunggu lagi terus book dan rancang perjalanan. Atau gunakan skyscanner untuk dapatkan tiket flight murah.

#2 Penginapan

Jika pergi beramai-ramai, stay di guesthouse. Atau boleh sewa satu apartment lengkap dengan pelbagai kemudahan, menggunakan Airbnb. Jika Airbnb tak berjaya, gunakan Trivago untuk cari hotel yang murah sebagai alternatif.

#3 Pengangkutan

Nak jimat? pergi bertiga atau berempat. Kenapa? Sebab teksi di Korea boleh naik sehingga 4 orang. Jika nak ke destinasi yang dekat sahaja boleh jimat kerana kos teksi boleh dibahagikan. Boleh jadi ia lebih murah daripada naik subway yang perlu bayar setiap sorang satu tiket. Kebanyakan tempat boleh diakses menggunakan public transport di Korea. 

 #4 Makanan

Plan berapa hari nak ke Korea? agak-agak berapa banyak makanan yang diperlukan? Kumpulkan dalam 1 kotak bersaiz sederhana. Sumbat semua dalam tu kicap, rencah nasi goreng, ikan bilis yang dah siap goreng maggi dan lain-lain. Waktu ketibaan, declare kat diorang kata dalam kotak tu semuanya makanan. Jangan bawa sayur-sayuran dan buah-buahan ya. Korang sure akan kena tahan dengan kastam nanti!

#5 Pakaian

Berikut adalah anggaran musim-musim di Korea. Berpandukan musim ini anda akan tahu pakaian apa yang sesuai untuk dibawah ke sana

November ke February - musim sejuk
March ke May - musim bunga
June ke August - musim panas (sama macam malaysia)
September ke November - musim luruh

MASALAH YANG PERLU DIATASI

# Perancangan (planning)

Kalau travel sendiri tanpa travel agen, yang menentukan berjayanya trip tersebut atau tidak ialah sejauh mana tahap perancangan korang yang melibatkan beberapa perkara kat atas. Inilah sebenarnya yang paling tricky. Ramai orang jadi malas bila sampai bab ini. Lagi-lagi kalau pergi bertiga atau berempat. Masing-masing nak taichi siapa yang nak kena buat planning ni semua? 

Maklumlah, nak planning bukan mudah. Beli tiket flight murah time bila? planning. Nak tinggal kat mana yang murah? dekat ke dengan subway? planning. Nak pergi dari Airport ke Seoul station macamana yang paling mudah dan murah? planning. Kalau hari ini tak sempat nak masak nak makan restoran mana? planning. Semua ini kena plan betul-betul supaya perfect, barulah rasa puas dan percutian berbaloi. 

Semuanya melibatkan planning.

Planning adalah masalah utama bagi traveler. Kenapa ia jadi satu masalah dan beban? sebab yang akan buat planning ni sebahagiannya ada yang bekerja dan sibuk dengan tugasan harian. Ada yang student pula, tak cukup masa kerana sibuk dengan assignment. Jadi bagaimana penyelesaiannya?

# Itinerary

Sebelum sampai ke Korea, anda perlu ada itinerary. Itinerary ini adalah panduan tentang destinasi mana yang nak kena pergi pada hari 1, 2, 3 dan seterusnya. Susunan itinerary sangat penting. Jika tak susun betul akan terjadi 2 kemungkinan. Pertama, anda akan sesat. Kedua, anda akan membazir masa untuk perjalanan sahaja. Susunan itinerary ini kena teratur. Contohnya, susun perjalanan hanya menggunakan satu jenis train sahaja tanpa perlu transit. Atau perjalanan dari utara ke selatan atau timur ke barat, satu hala dan sebagainya. 

Tetapi yang menjadi masalah adalah anda pertama kali nak ke Korea? Bagaimana nak susun itinerary yang bagus dan bijak tanpa meluangkan masa yang lama? 

Antara cara yg mudah ialah refer itinerary atau pengalaman orang yang pernah pergi ke Korea. Selalunya mereka tidak kedekut untuk berkongsi. Atau boleh refer blog seperti blog jimatmelancong.com. Ada pelbagai sumber sebenarnya untuk dapat info-info ini. Namun berbalik semula kepada masa, mungkin ada yang sibuk dan ada yang malas untuk buat semua ni. Akhirnya, follow sahajalah itinerary orang lain yang sedia ada. Jadi bagaimanakah cara penyelesaiannya?

PENYELESAIAN MUDAH

Oleh itu sebagai memudahkan perancangan anda sebelum dan ketika perjalanan anda ke Korea, kami telah menghabiskan banyak masa untuk menghasilkan sebuah kad panduan yang diberi nama Naracards Korea Travel Guide. (website utama www.naracards.com)

Apa dia Naracards ni?

Naracards adalah kad panduan melancong ke Korea yang mana setiap kad terdapat informasi mengenai destinasi pelancongan popular dalam bahasa Korea dan bahasa inggeris. 

Informasi yang terdapat pada setiap kad termasuk nama destinasi, alamat, nombor telefon, pnduan kemudahan awam, maps untuk bantuan arah perjalanan dan juga gambar destinasi sebagai rujukan

Naracard sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang pertama kali ingin bercuti ke negara tersebut dan ingin travel secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen.

Naracards boleh digunakan untuk teksi, pengangkutan awam (subway,train,bas) dan juga pemanduan kereta sewa.

Terdapat sekitar 30 ke 40 destinasi (berbeza mengikut keluaran) dalam 1 kotak. Sebagai contoh, Naracards Seoul ada 34 destinasi manakala Naracards Busan pula ada 30 destinasi  dan Naracards Jeju ada 44 destinasi yang boleh dipilih untuk disusun dalam perancangan itinerary.

Setiap Kad ini sangat kecil, mudah dibawa dan disimpan dalam dompet, berkualiti tinggi, membantu perjalanan dan tidak memeningkan anda untuk membuat keputusan destinasi mana yang perlu dipilih. 

CARA MENGGUNAKAN NARACARDS

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan.

1. Download Apps code scanner seperti dibawah

Apple: https://itunes.apple.com/my/app/qr-code-reader-by-scan/id698925807?mt=8

Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mobile.qrcodereader

2. Lihat contoh salah satu Naracards Seoul Travel guide dibawah iaitu "Cheonggye Plaza"



# TRAVEL MENGGUNAKAN TEKSI

Nama destinasi dalam bahasa korea pada kad ini boleh dijadikan panduan kepada pemandu teksi Korea. Alamat dalam bahasa Korea boleh dijadikan rujukan seterusnya jika pemandu tidak pasti. Jika kedua-dua maklumat ini gagal

# TRAVEL MENGGUNAKAN SUBWAY

Refer bahagian bawah sekali kad. Untuk sampai ke destinasi, gunakan subway line 5, berhenti di station 'Gwanghwamun' dan keluar di exit 5.

Setelah sampai ke tempat tersebut tetapi tak pasti di mana lokasi tersebut, jangan risau. Buka Apps QR scanner yg anda download tadi. Scan QR Code yang disediakan.

# TRAVEL MENGGUNAKAN KERETA SEWA

Hanya scan QR code yang disediakan di setiap kad, phone akan disambungkan ke Google Maps. Hanya tekan 'direction' sahaja dan anda akan dibawah terus ke destinasi dengan tepat. Aplikasi ini memerlukan sambungan internet.

Naracards menyediakan informasi penting sahaja dalam setiap kad. Semua informasi menjadikan perjalanan anda fleksibel. Anda boleh memilih samaada nak guna teksi sahaja, atau menggunakan subway, atau memandu kereta sewa di Korea. Fleksibiliti ini penting supaya perjalanan anda di Korea menjadi lebih menarik.

Kesimpulannya, anda dah bersedia untuk travel sendiri ke Korea? Berikut adalah step yang anda perlu lakukan;

* Booking tiket flight murah dengan Airasia
* Booking penginapan yang murah di Airbnb
* Travel dengan menggunakn Naracards Travel guide. 




Untuk maklumat lanjut mengenai Naracards, click sini 

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)