Pengalaman ke Langkawi - Family Budget Trip


Assalamualaikum and Olla Everyone! 

Kali ini nak berkongsi pengalaman kami sekeluarga on budget trip ke Langkawi. Punya la lama peram, ni baru ada masa nak tulis. Setahun peram jadi pekasan duduk dalam draft. HAHHAHA.. better late than never. Tujuan blog ni pun untuk simpan kenangan dengan keluarga. Nanti anak - anak dah besar boleh baca blog ni balik untuk kenangan dorang juga. Sebenarnya dalam setahun ni ada banyak lagi trip kami sekeluarga tapi illy tak sempat nak duduk menulis. Ni illy nak share mana tau kalau hujung tahun ni ada yang nak bawa family bercuti boleh la kongsi idea. Kalau bermanfaat boleh la collect pahala skit, illy pun bukan banyak sangat pahala kan? LOL 

Kalini sebab nama pun trip budget kami fly naik airasia. Ticket dibeli setahun awal, time promo. Satu family tak sampai RM200 pergi balik. Untuk pengetahuan, kami memang buat planning for a year punya trip selalunya in Nov. Plan siap - siap, minimum 1 trip dating tempat baru , 1 trip dengan family. Senang bila ada sale jer terus booking. Yang lebih tu kira extra ikut husband illy punya mood and allocation. 





Tips, kalau nak extra jimat fly time hari berkerja dan luar waktu cuti sekolah. Kami memang suka pergi tengah minggu balik pun tengah minggu. Flight murah banyak compare kalau fly in or out on weekend, isnin or jumaat. Time cuti sekolah memang elak sebab elak dari beratur or high season rate. Kadang tu boleh save sampai 70% sebab pergi time non peak season. Banyak tu 70% boleh buat beli chocolate hahahaa.. 

Kami pergi seminggu kat Langkawi masa tu nak kasi puas dan tak tergesa. Kalau ikut rate kereta sewa kat dalam gambar tu ikut hari tau. Tapi sebab pergi low season dalam rm45 jer sehari perodua azia. Kira sendiri berapa banyak jimat nyer. 





Kami stay di Desa Terrace kat Pantai Cenang. Serious antara hotel paling affordable kami pernah stay. Tak sampai RM50 satu malam (again sebab low season) seminggu stay total hotel RM304. 

Anak illy cam ada culture shock mula tu, mana tak selalu tidur hotel harga rm300+ satu malam. Dia tanya sopan jer.. mummy kenapa takda carpet? Pastu tengah malam dia tanya.. mummy ada room service ke? Sebab selalu gi hotel tengah malam kami order dessert melalui room service. LOL padan muka. 




Husband illy kemain gelak, baru dorang tahu. Rasa sikit. Tak boleh nak ajar mewah jer. Biar dia merasa budget travel macam mana. To be fair, selesa la bilik ni dan bersih. Toilet dalam bilik, pemandangan pun cantik menghadap bukit. Ada tv ada tingkap pengudaraan lengkap. Boleh la kalau nak bercuti budget, lagipun tempat tidur jer kan. Boleh ajar anak lasak sikit. 



Okay kan toilet dia siap ada hot shower, okay la tu. Budak ni tanya mana bath tub? LOL sebenarnya tak perlu bathtub pun kate duk langkawi gi jer la berenang kat pantai nak bath tub apa lagi. 




Illy suggest sewa kereta la kat Langkawi atau pun sewa motor puas sikit berjalan. Kalau setiap kali nak tahan taxi ambik grab nak bergerak pun kos juga tu. Kalau pergi high season memang sewa mahal. Pergi la time low season jimat banyak. 



Antara kenangan yang best kami duk kat tepi jetty Pekan Kuah, nak cari kedai makan pak malau nasi dagang sebenarnya tapi dia tutup hahaha rupanya dorang buka pagi jer. So, kami pun enjoy tengok sunset sama - sama. One of the most memorable moment during trip kali ni. 




Kemain husband illy posing pegan tepon. Tengok dia punya trade chart ler tu. Anak - anak pun bergelimpangan tidur. Tak hirau hotel mahal ke murah ke sama jer tidur mesti macam - macam gaya nyer hahaha..



Kenangan laptop lama yang berat 4.5kg pale hotak, memikir balik sanggup pikul bawa laptop berat dah macam seguni beras time holiday semata nak pastikan kerja blog, kerja office dan juga semua account social media client berjalan lancar. 

illy dah biasa, bila anak tidur baru illy spend time nak reply email ke, nak edit video, atau respond client. Bercuti pun bercuti tapi kerja kena jalan. illy takda istilah cuti tak buat apa. Dah lebih 12 tahun setiap hari dah terbiasa nak kena juga atleast buat sesuatu untuk progress. Setiap langkah tu penting, untuk maju ke depan. To all the hard working people out there, i feel you!! you did great, it is all worth it! 



Kalau dah pergi Langkawi mesti nak kena island hopping lah, kalau tak mana aci. Rasa dah masuk 3 kali gi island hopping kat Langkawi ni first time pergi empat beranak. Korang boleh pilih la nak package macam mana. Kami ambik yang 6 lokasi, sekali dayang bunting (sebab low season) dewasa RM35 jer one trip. Sofea dapat setengah harga. Zandria free. Total satu family island hopping pergi pagi 8.30am balik petang dalam 4pm tak sampai RM100. Senyum lebor husband illy kalau dapat berjimat. 





Kat hotel yang Desa Terrace tu ada sediakan simple beakfast setakat roti bakar ngan telur. Kira baik ler tu ada juga, dah la tidur satu malam pun murah hahaha.. Disebabkan anak illy nak nasi lemak, kami beli la 4 bungkus bawa bekal naik boat. Nasi lemak RM2 sebungkus, sambal sedap beli betul kat jetty before naik boat. 



Cantik kot view kat sini, lupa nak ootd. Takpe la ambik gambar gini pun jadi la buat kenangan. Nanti kat sini dorang ada photographer kalau korang nak bawa balik cenderamata lepas habis trip tu dia ada jual rm10 satu pinggan ada gambar korang kat tengah. 



Boat camni la kami naik. 



Posing gedik skit. Cepat budak banyak cakap ni besar. Malam ko jangan kecing atas katil tau hahahahaha... 



Mata illy tertumpu di perut johan. Tak tercover masa ni belum start gym, belum start berlari sebelum subuh hahahaha.. skang kemain mantap. Ni kat first stop Pulau Dayang Bunting. Korang nak boleh posing - posing juga kat sini. 



Nak bagitau Pulau Dayang Bunting ni banyak giler monyet. Nanti kalau ada beli makanan ke apa masuk dalam beg jangan pegang plastic tu sebab dia kenal. Anak illy sikit lagi hampir nak kena peluk dengan beruk hahaha.. 






Kat Pulau Dayang Bunting ni nanti dorang share ada sejarah dia, dulu time belum ada anak kata kalau celup kaki sini mudah pregnant. Kitorang dah buat, tunggu 3 tahun lebih juga baru pregnant hahaha.. so nak percaya ke tak tu atas korang. Baik minta ngan Tuhan la dari nak berendam bagai dalam tasik. 




Kami ada sewa go-pro before nak pergi trip ni. Saje nak try dulu. Risau dah beli karang tak sesuai dengan kami punya usage kan dah membazir. 

Verdict? Bagi illy la, gopro hype lebih LOL... memang kecik, tapi gambar tak cantik la, last sekali blogpost semua pakai gambar handphone jer. Konon nak ambik video kat gopro masuk youtube, hurm.. pening kepala la nak edit dia punya gegar. Walaupun ada stabilizer tapi pening gak. Illy rasa go-pro ni lebih pada macam untuk b-roll untuk footage selit-selit macam drone la.. footage sikit selit antara scene boleh la.. kalua full video go-pro tak menarik, sama la kalau full sepuluh minit drone video best ke? Tapi ni pengalaman kami la, depend on user. 

Bagi kami tak perlu sangat pun. So far, vlog pakai hp or compact camera pun dah terlebih okay. 






Dalam trip island hopping trip tu ada lagi tempat lain, sesuai lah nak snokel ke. Anak illy paling minat main pasir pastu kejar ikan. Rasa syukur walaupun budget trip, tapi bukan semua orang mampu bawa family pergi bercuti macam ni. Masih ramai yang susah nak bagi family makan, nak bayar hutang, so rasa syukur Tuhan bagi rezeki yang cukup dan badan yang sihat untuk kami spend time dengan family macam ni. 


Kebanyakan dinner kat sini, kami makan kat gerai. Kalau bawa kereta boleh drive pusing cari port jauh sikit dari pantai cenang. Sebab kat main tourist area memang harga mahal sikit kan? Kami jumpa kedai yang tepi dia ada dobi. Boleh basuh baju sambil makan. 





Harga berpatutan. Tengok set menu tu siap dapat ikan siakap 3 rasa untuk 2 orang baru dalam rm45 boleh la tinggal nak tambah nasi 2 jer la kami makan 4 beranak. Kalau dah seminggu duk sini, tak kan hari - hari nak makan siakap karang muka pun jadi siakap. 

Ada juga time kami order nasi goreng or mee goreng jer. Simple, kenyang and jimat. 



Dobi memang diperlukan kalau stay lebih 3 hari. Tak payah nak bawa baju banyak. 



Dah kata pun pergi langkawi. Haruslah borong chocolate. Stay lebih 2 malam, boleh enjoy beli barang tax free. Banyak gak illy beli chocolate, sebab ada buat giveaway untuk kawan - kawan kat instagram. Pastu beli untuk family dan kawan - kawan juga. illy memang rajin buat giveaway kat insta, dulu rajin buat kat fb page tapi semenjak dah jarang log in kat fb memang focus blog, youtube and insta jer jadi pape giveaway ke illy buat kat insta. Kalau tak nak terlepas next giveaway illy, jemput follow kat insta k. Link kat sini 




Antara tempat korang boleh visit kat Langkawi ni dia punya cable car. Kat bawah tu macam ada jual mechanize, ada attraction lain juga. Kami memang nak ke cable car dan sky bridge jer. 


Nampak punya panjang barisan tu? Kalau gi time peak hours, good luck lah beratur hahaha.. bawa anak kecik mana tahan beratur lama. Tu illy suggest pergi time non-peak hours. Jimat masa dan tenaga. Kami takda beratur apa, jalan rileks jer, tak sampai 5 minit jer pun dah boleh naik cable car. 

Kami bayar RM40 for adult untuk naik cable car + sky bridge. Budak bayar separuh untuk above 2 years old. Untuk latest rate ke, promo pergi check website dorang lah k, sebab masa kami pergi tu kalau mycard harga lain, non malaysian harga lain. Kalau nak cable car jenis full glass pun harga lain. Macam - macam la ikut selera korang. Sewa binocular RM10 tak silap. Kalau nak la, tak nak pun takpe, tak dosa. 



Geram tengok adik masa ni hahaha.. ni tengah bau baby lagi. Skang cium dia dah bau ketiak. 



Sebab pergi time tak ramai orang, dapat kami satu family naik satu cable car. Kalau peak hours, mesti kena kongsi2 dengan orang lain. Overall, kami satu family enjoy. Johan tak berapa nak enjoy sangat sebenarnya sebab dia gayat hahaha.. tapi okay la, walaupun gayat dia layan kan juga anak isteri nak naik cable car. 



Sampai kat atas, boleh tambah duit kalau nak lalu nature walk atau sky glide (macam lift tak perlu jalan jauh naik turun tangga). 



Kat sini ni hutan yang di iktiraf Unesco sebagai Geopark. Jangan main - main, hutan dah lama dari 550 juta tahun dulu consider batuan tertua kat Asia Tengara. Asyik jalan luar negara, tapi sebenarnya kat Malaysia banyak tempat menarik yang jadi kebangaan. Orang seluruh dunia datang dari jauh nak gi sini. Kita yang memang dah dalam Malaysia ni pun kena hargai la juga ambik kesempatan bawa anak  pergi tengok dan belajar banyak info. 


Kat atas tempat kaca ni memang nampak bawah terus, tak boleh pakai kasut atas ni. Suruh johan dia tak nak duk situ nasib anak takda yang menurun gayat. Semua berani hahaha.. ikut mak kot LOL




Jumpa handsome boy ni dalam flight nak ke langkawi aritu, eh boleh plak kat skybridge ni jumpa lagi. 



Kemain sofea main kejar kuch kuch hota hai dengan anak pak arab. 




Turun bawah tu, beli baju rainbow ni untuk budak time tu gak dia nak tukar hadoi. Takpe kita layankan. Dah tu nak coconot shake plak okay takpe kita layan lagi. Kat bawah area cable car ni banyak gerai macam ni kalau korang nak makan or minum. Harga pun okay berpatutan. Time kami pergi tu tak panas dan hujan belah petang jer so just nice cuaca tak terik dan boleh jalan dengan selesa. 




Macam ni lah view kat area bawah cable car langkawi. Luas banyak pokok, boleh korang nak bergambar posing - posing. Ni time takda orang sangat tau. Kalau time peak rasa atas pokok pun ada orang tu.. 



Kat area belah airport ada cam gerai tepi pantai, dari jauh nampak menarik. Sekali order lah mee udang ( hadoi tak boleh nak telan mee rasa kapur tak basuh) pastu rojak passembur dengan fish ball sikit, nak tersembur masa johan bayar RM25 sepinggan rojak. Bukan berkira, kami pernah jer bayar nasi lemak kat st regis sampai rm80 sepinggan tapi padan dengan apa dia hidang ada rendang wagyu beef. Ni rojak dengan fish ball 5 ketul gunting2 RM25 korang rasa macam mana? Mee Udang tu memang menyakitkan hati. Tak nak sebut lah nama kedai tapi haih..... 






Antara dinner yang menarik kat ada pergi kat Pantai Cenang yang ni harga premium tapi service tip top, harga sedap barang pun fresh. So, bayar tak sakit hati, 



Satu family makan RM105 untuk seafood tomyam, sayur goreng, lemon chicken dan fried rice, white rice dan fruit juice. Senang citer makan ikut nasib la, kalau rajin boleh baca review kat trip advisor or google dulu. Tapi pun depends juga, kalau tukang masak yang biasa kerja situ cuti ke demam ke ganti tukang masak lain so rasa pun lain la.. bercuti ni ajar kita berlapang dada. Kadang tu tuhan nak bagi pahala suruh sabar lebih. 


Sepanjang pantai cenang ada banyak juga kedai sewa buku. Mat salleh suka lepak tepi pantai baca buku kan.. Pastu ada nampak satu kedai buku ni share gambar langkawi dulu - dulu. Ada gambar kuah town time 1950's pun ada. Tengok gambar lama lagi la tinggi rasa bersyukur, banyak dah kemajuaan dan kesejahteraan yang kita kecapi sebagai rakyat malaysia. Sebenarnya kan.. kalau pikir balik banyak jasa orang tua dahulu. Kalau bukan dorang tanam pokok, kita anak muda generasi baru mana nak merasa berteduh. Betul tak? 


Sebab masa kat Cable car aritu dorang banyak promote Wildlife Park, kami pun bawa anak pergi la juga. Masa ni belum ada kesedaran bahawa binatang sebenarnya tak happy duduk dalam sangkar. Bila balik trip Tabin Sabah aritu baru paham yang animal patut duduk tempat asal dia bukan dalam sangkar. 




Ni rate family package just incase korang nak pergi. Boleh beli makanan untuk bagi animal makan. Budak suka, kami beli dalam dua packet. 


Dah bayar tiket, boleh masuk kat dalam dan redeem pack makanan kat booth ni. Cantik dorang hias. 





Sakan, memang banyak binatang kat sini. Flamingo memang duk sebelah camtu, burung kakak tua, dan banyak lagi ada yang lupa nama pun ada. Dalam packet makan tu ada banyak jenis makanan. Setiap area binatang dia akan ada tulis nota binatang ni suka makan apa. So kita cari lah korek dalam paket tu then bagi. 





Taman ni besar puas berjalan, bawa anak kecik sesuai. Tapi masa tulis ni cam ada start rasa bersalah sikit. Masa pergi ni tak paham and belum ada kesedaran pasal binatang sebenarnya should be in the wild not used for money generating. 


Tapi kan bila pikir balik, kalau macam rabbit ni kan.. in the wild camner dia nak survive kat bandar? tak kan nak gi apply kerja jadi cashier, elok lah ada orang sayang orang jaga bagi makan camni kat taman haiwan. Ke macam mana? 

Yang excited sebenarnya my husband, tengok gambar dah tau hahaahah.. anak - anak dari jauh okay, bila dah banyak rabbit kerumum abis semua nak masuk balik dalam perut illy. 


Ada aktiviti tangkap ikan juga kalau nak cuba. Ikan sini power mengelak macam the flash hari - hari practise mengelak hahahaha.. 




Kami dah bosan makan tom yam, makan ikan siakap, mee hoon goreng. Kami nak makan lain plak. Search punya search jumpa kedai makan korea kat area pantai cenang. Tak silap kat sini satu jer kedai makan korea. Owner baik, very friendly. Siap bagi toys la belon bagai untuk budak. 




Meal pun sedap, menarik, big portion.. Kedai nama Haroo Korean Restaurant. So far okay la, tak da rasa nak complain makan kedai ni. Okay jer, selesa makan pun sedap, service pun bagus. 



My god, gedempol nya diri ku ini tahun lepas. Takpe yang penting sekarang johan lagi gemuk HAHAHAHa.. Sebab tu jangan give up kalau korang kurus nak gemuk ke atau gemuk nak kurus ke, as long kita ubah cara pemakanan, usaha excercise, consistant pasti in the long run ada result. 




Dapat pun makan nasi dagang pak malau di langkawi. Dulu rasa kedai dia ni dekat tepi sawah. Tapi dah pindah dekat jetty. Buka pagi jer tau untuk breakfast. Datang petang ke malam, takda. 



Makan sini bertambah sedap kerana view tenang. Nampak gunung, nampak air laut, sekali sekala dengar bunyi boat nelayan, dapat plak hirup udara segar. 



Sepinggan tak silap RM5 ke macam tu la, tapi memang berbaloi sedap. Nasi dagang tu rasa, nasi tak lembik tak keras. Gulai ikan tongkol secukup rasa. Patut lah famous dah cepat habis kalau datang lambat. 



Yang baju merah tu Pak Malau. Dia pandai buat magic haha.. nak tengok kena ci cari kat instagram illy dalam highlight Langkawi trip, ada tunjuk pak malau buat magic untuk budak2 ni. 




Kat Langkawi ni banyak port untuk instagram sebenarnya. Macam tasik tepi jetty ni. 


Kalau nak pergi borong minyak gamat then memang langkawi lah tempatnya. Banyak khasiat minyak gamat. Kalau orang tua suka la kita belikan buat sourvinier. Sepuluh botol baru rm10. Kalau ada luka ke anak berlari cium tanah ke boleh la sapu. 



Duk seminggu kat Langkawi ni banyak juga tempat makan kitorang try. Antara yang menarik kedai western WK12. Kedai dia tepi jalan ada ala hipster warung. 





Anak gua posing dah macam tokey beras. 


Chicken chop RM9 berbaloi habaq hang.. Ni budak2 kongsi dua orang makan. 



Lamb chop kuah mandi camni RM15, kalau compare dengan rojak fish ball bengong aritu memang buat bengang hahahaha... yang ni sedap kot, daging sedap, masak pun tak kering. Juicy jer. illy makan sampai senak perut. Next time korang datang langkawi boleh try kedai WK12 ni tau. Dia buka petang sampai malam. 

Illy kalau gi jalan memang camtu, kalau kedai tu menarik rasa boleh kongsi untuk orang lain pun rasa illy akan share. Kot la next time korang pergi boleh try juga. 






Ni gambar nak balik kl dah. Budak ni still duduk share seat dengan illy sebab bawah 2 tahun. Skang dah besar kena ada seat sendiri. Sekarang kalau nak fly kena bayar ticket 4 hahaha... so kalau nak gi jauh ke nak ke oversea memang kena berkira lebih, kena pandai lagi cari cara untuk jimat. Nasihatnya, kalau anak bawah dua tahun itu lah masa terbaik nak bawa dorang fly ticket still harga infant hahaha.. 










Okay tu jer la nak share kalini, dah panjang macam buku novel dah tulis. Harap membantu la kalau korang nak plan trip soon. All the best, semoga korang enjoy spend time dengan keluarga. Illy doakan semua yang baca ni bahagia selalu, dibersihkan hati, dimurahkan rezeki, sihat walafiat sepanjang hayat. AMIN 


Till next blogpost k? Banyak lagi trip nak share ni gambar dah susun dalam draft. Trip sabah pun tak habis cerita lagi, trip Perlis Gua Kelam, Trip weekend gateway melaka, trip ke Cherating, trip 11 hari gi Phuket and Krabi pun belum tulis lagi hahaha... Takpe2.. illy usahakan secepat mungkin k. 

Thank you sudi spend time baca pengalaman kami. Take care! 

Comments

  1. Thanks Illy for sharing. I daripada dulu suka sgt baca blogpost Illy esp pasal travel mmg sgt2 jujur n honest. Dekat ngn hati bila baca mcm Illy borak2 je dgn kita :) Few time komen dkt blog benda sama juga i komen. Semoga Illy and family happy and bahagia selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you sudi singgah blog illy. teramat menghargai nyaaaaa <3 ni yang rasa sebak ni.. hug ketat2 kuat2 pastu doakan kami plak tu.. thank you!! illy doa semua doa baik Naj kembali pada keluarga Naj juga amin!

      Delete
  2. ILLY SILA TULIS MACAM NI LAGI. SORRY pakai huruf besar sebab nak bagitahu penting. Intan sebagai pembaca blog illy dah berapa tahun rindu baca illy tulis macam ni.

    ReplyDelete
  3. Hai illy.. Bestnya. Lama da ia xpi langkawi. Nama ja org Kedah n ada rumah dekat sana.. Rasa last pi masa Adriana umor 2y kot.. Skrg ni dia dah 6yo dah.. Tiba2 Teringin nk pi lkawi plak

    ReplyDelete
  4. suka tengok illy sekarang ... makin cantik dan berseri

    ReplyDelete
  5. best juga trip mcm ni, nxt round nak amek long holiday mcmni. murah dan jimat banyak

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts