Shampoo Santan My Home Lab Review + Giveaway

Jul 3, 2017

20170626_191840

Assalamualaikum and Olla everyone!

Pernah try tak Shampoo Santan? Antara sebab illy excited nak try product ni sebab it is natural derived product. YES! Sebab produk natural bagus untuk badan expecially kalau tengah pregnant, atau nak bagi pakai pada anak pun tak risau sangat. Zaman sekarang ni banyak sangat barang yang kita sedar sebenarnya tak bagus untuk badan, Kalau pakai Shampoo Santan ni tak perlu risau sebab awal-awal dia dah bagi tau takda silicone, no paraben and juga no SLS.

Kenapa silicone tak bagus? Silicone ni dia macam plastik, fungsi dia untuk selaputi rambut lepas tu bagi ilusi berkilat. Bukan kilat yang natural sebab silicone. Okay  memang bukan semua silicone jahat ada yang okay macam yang water-permeable punya jenis. Maksudnya yang boleh serap air. Macam mana nak pastikan silicone yang korang kena elak? Tengok kat ingridient list dia kalau ada Amodimethicones, illy suggest elak sebab dia akan sebabkan buildup, formula dia selalunya akan buat rambut jadi berat pastu susah nak cuci. Coating dia tu kuat. Kalau Dimethicone copolyol atau Cyclomethicone okay sebab dia boleh serap air dan tak menyebabkan buildup. Lagi bagus kalau takda langsung lah itu kalau korang prefer natural.

Next, kenapa tak bagus ada paraben? Before kita cerita pasal tu, kena tahu lah apa fungsi paraben ni kan? Paraben ni sebenarnya dia bahan pengawet. Kerja dia untuk elak bakteria atau fungus membiak tumbuh dalam shampoo atau kosmetik. Selalu nya kilang akan masukan 0.01 – 0.3% ikut berat jumlah shampoo. Contoh lah shampoo ada 100ml jadi 1-3ml dorang akan letak paraben untuk pastikan takda bakteria boleh membiak. Sebenarnya banyak lagi alternative lain boleh guna untuk pengawet yang guna bahan natural. Contoh macam orang buat jeruk atau ikan masin,boleh jer guna gula or garam sebagai pengawet. Tapi kenapa sesetengah kilang nak juga guna paraben? Sebab paraben ni murah. Illy prefer pakai produk yang takda paraben sebab ada banyak study yang tunjukan paraben ni salah satu boleh sebabkan breast cancer.

Banyak pula illy cerita kali ni kan? Illy niat buka blog ni nak kongsi ilmu mana tau boleh bantu. Banyak kali illy cerita tentang SLS ni kalau tak silap dalam entri yang lepas. Tapi mostly tulis in english. Kali ni illy nak explain dalam bahasa melayu lah pula. Jadi information ni lagi banyak orang tahu. SLS ni sebenarnya nama panjang dia Sodium Lauryl Sulphate. Fungsi utama dia hasilkan buih. Lagi banyak buih makna nya lagi banyak lah SLS ada dalam tu. Secara general setiap shampoo akan masuk lebih kurang 15% SLS dalam shampoo. Amboi banyak nyer?? Yes betul, kalau tak karang korang tak suka pula, macam tak puas shampoo tapi takda buih kan? Tapi berbaloi ke terdedah pada risiko dia? SLS ni boleh sebabkan radang kulit bagi yang kulit sensitive, kalau kanak-kanak eczema illy suggest korang check betul ingridients list kalau ada SLS kalau boleh elak. Ada juga study yang buktikan SLS adalah carsinogenic. Carsinogenic ni apa lah pula? Carsinogenic maknya bahan penyebab cancer. Seram sebenarnya, jadi ni dah tahu kalau boleh elak, then elak lah k?

20170626_191836

Illy before nak try produk, illy akan baca dan cari dulu apa ingridients dia letak sebab nak untuk badan sendiri. Kalau okay nak share dengan korang semua. Illy suka Shampoo Santan ni sebab dia natural takda bahan yang merisaukan. Dari dulu kita dah tahu kelapa baik untuk badan and rambut. Sebab dia boleh buat rambut kita sihat dan kuat. Santan juga ada banyak fatty acid dan vitamin yang natural suburkan rambut dan juga kulit kepala. Ikut petua orang tua, tapi dah di moden and mudahkan untuk pakai zaman sekarang. Tak payah lah nakgi perah santan sapu kat kepala. Ish banyak pula kerja before mandi hahaha.. Sekarang ni senang picit jer dari botol. Senang citer. Bau shampoo ni manis sebab dia ada letak natural sweet orange essential oil dan juga rosemary essential oil. Lepas shampoo tu harum sangat. Cuma buih dia tak sebanyak product yang ada SLS. Pilihan di tangan korang. Illy just share pengalaman jer.

Boleh cuba kalau berminat harga pun berpatutan RM29 untuk 1 botol ada 250ml. Setiap kali pakai tuang size 50sen. Kalau rambut panjang then letak lebih sikit pun okay. Anyway, illy ada buat giveaway. One of you will get to try it for free!!

Macam mana nak join?

1) Pergi FB page illy  (click here).

2) Share it on your wall (make sure it is public).

3) Tag 2 friends in the comment section of the fb post.

4) subscribe to our youtube channel (Click here).

5) Like Shampoo Santan Instagram (Click here).

Terms:

1) Contest will run from today 4 July up till 18 July 2017.

2) Winner will be chosen randomly via raflecopter system.

3) Winner will get to win a bottle of Shampoo Santan worth RM29.

2 comments:

  1. Santan shampoo, who might have thought, right? Unique indeed ^_^

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)