Aktiviti Cuti Sekolah di The Melaka Thousand Tales of Adventures
Assalamualaikum and Olla everyone!
Cuti sekolah hujung tahun dah nak dekat ni, kalau korang belum ada plan.. illy ada activity nak suggest. Pernah dengar tak The Melaka Thousand Tales of Adventures? Kalau nak tahu tempat ni best dan sangat sesuai untuk nak bonding dengan family time cuti sekolah. Yer lah dah setahun penat budak – budak pergi sekolah jadi hujung tahun apa kata spend time dan reward mereka kan?
Lokasi The Melaka Thousand Tales of Adventures berada di G30, Jalan PM9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka. Tak susah pun nak cari, ni illy sediakan map google kat bawah ni so korang click jer terus boleh dapat direction ke lokasi. Tempat ni buka setiap hari termasuk public holiday pun buka so tak yah risau. Timing dia Isnin – Khamis (10am – 7pm), Jumaat – Ahad (10am – 9.30pm). Kalau nak booking awal lagi bagus lah jadi tak yah risau penuh ke apa kan? Kalau nak booking boleh contact :-
a. Telephon Bimbit: 010-978 8805 (Mr. Wilson Law);
b. Telephon Pejabat: 06-292 2070;
c. Email: sales@melaka1001.com.my
d. Website : http://melaka1001.com.my/
e. Facebook : https://www.facebook.com/melaka1001/
Okay so apa yang best sangat tentang The Melaka Thousand Tales of Adventures ni? Konsep dia macam main game tapi real sebab korang anak beranak yang jadi watak dalam game ni. Kira nya moreto team work and make belief. Setiap sorang ahli keluarga jadi anak kapal dan lalui halangan bersama sambil selesaikan masalah. Seronok tak? Bila lagi nak main dengan budak – budak kan? Mesti kecoh.. Illy masa kecik dulu main masak pun dah happy bahis ni kalau main jadi anak kapal sekali dengan ahli keluarga lagi lah syok nya. Banyak lah nanti anak bawa cerita excited bila sekolah buka nanti.
Kat dalam tu nanti setiap ahli keluarga akan join pengembaraan Sinbad. Mesti sakan sebab ada bunyi effect, siap ada visual dan juga aksi. Lagi best tu ada disediakan watak orang jahat lah, serangan binatang lah.. Puas lah main nanti anak beranak confirm asyik gelak jer hahaha.. Dah boleh bayang dah sofea lari kelam kabut kena kejar pirate hahahahahaa
Kalau dah kata pengembaraan anak kapal, mana complete kalau takda harta karun kan? Nanti antara aktiviti juga kena selesaikan kod rahsia nak lepaskan diri dari perangkap. Jadi bukan sahaja boleh tingkatkan imiginasi malah boleh juga asah kebolehan selesaikan masalah.
Ni dalam gambar ni tempat nama Skeleton Chamber, salah satu tempat yang anak kapal kena lalui. Feeling jer nampak sebab hiasan dia tu real. Setiap bilik di The Melaka Thousand Tales of Adventures ni ada cabaran masing – masing jadi memang tak boring. Nanti kena kalahkan orang jahat then selesai kan masalah bersama- sama ahli keluarga.
Paling kemuncak bila dah selesai harungi semua cabaran, yang paling last ada bilik teknologi 7D. Macam mana tu? Dalam tu nanti last battle dengan ahli sihir kejam (kira macam yang paling boss kena kalahkan). Selalu dengar 3Djer kan? kat sini siap ada 7D. Ada simulasi visual, bunyi dan kegerakan ini juga menggunakan air, asap, dan unsur-unsur lain untuk memberi sebuah pengalaman yang realistik kepada para pemain. Melalui simulasi 7D ini, pemain boleh berinteraksi dengan watak-watak di dalam tayangan itu melalui senjata yang menggunakan teknologi 7D. Hebat tak? Illy excited nak try hahahaha Mesti menjadi antara kenangan yang terbaik masa cuti sekolah.
Actually, kalau nak buat aktiviti riadah atau team building pun sesuai juga sebenarnya. Dah banyak juga company yang buat, apa lagi suggest lah kat HR office korang hahaha.. Bila lagi nak berangan jadi anak kapal kan? Tiket pun harga berpatutan untuk dewasa dan 13 tahun ke atas harga ticket RM 25.00 dan untuk kanak 12 tahun ke bawah RM20. Berbaloi yang amat.
Okay tu jer lah illy nak share kali ni, harap bermanfaat. Nanti nak juga lah pergi kalau ada kesempatan insya Allah. Kampung mak mertua illy pun kat melaka nanti boleh lah gi. Best!! Before illy nak out ni, illy sediakan balik details kalau korang nak book ticket. Beli online jer lah senang citer, kat website dia tu click2 settle.
a. Telephon Bimbit: 010-978 8805 (Mr. Wilson Law);
b. Telephon Pejabat: 06-292 2070;
c. Email: sales@melaka1001.com.my
d. Website : http://melaka1001.com.my/
e. Facebook : https://www.facebook.com/melaka1001/
Wah!!rasa macam excited je nak pergi. Tapi kalau anak baru nak masuk 3 tahun sesuai tak masuk sini? Rasanye mak ayah yang terlebih excited nanti,hehehe
ReplyDeletehehehe 3 tahun rasa macam tak sesuai lagi :P bawak anak sedara lah kalau ada yg sekolah rendah ke main kejar2 dalam tu hahaha
Deletebaru tahu ada tempat macam ni kat melaka, ingat kat kl ja ada. ni macam escape tu kan?
ReplyDeletea ah ada kat melaka :) rasa nya macam tu la tapi illy tak pernah pergi escape tu
DeleteYa Betul. Ada stimulation ride lagi
ReplyDeletestimulation ride tu macam seronok jer :)
Deletemcm best tapi kalau ade kat kl lagi best x pyh travel jauh2, hehehe =P
ReplyDeleteni klaua ada planning nak gi melaka alang2 :) hehe mana tau nanti dorang buka kat melaka pula ke kan
Delete