Pengalaman ke Hard Rock Hotel Penang
Assalamualaikum and Olla everyone!
Kali ni nak share pengalaman kami satu family pergi Hotel Hard Rock Penang. To be honest, ni first time kami tidur kat Hard Rock Hotel dah lama juga planning nak pergi ticket beli dari awal tahun kira boleh la planning awal kan. Kami naik flight jer senang citer dalam sejam sampai dari kl. Masa beli ticket tu pun dapat harga promo dari airasia. RM64 pergi balik untuk 2 dewasa satu kanak-kanak. Murah tak?? Berbaloi kan? Tu untung kalau booking awal. Dapat harga ticket murah dari naik bus haha
Nak dijadikan cerita dapat tahu illy pregnant, so alang-alang kira babymoon lah. Sambil bawa Sofea bercuti last lah sebagai anak tunggal lepas ni jadi kakak dah dia. Jadi kakak yang baik yer sayang..
Bukan main lagi excited nak gi jalan haha.. kali ni kami ambik cuti lama sikit alang- alang clear kan cuti hujung tahun kami ambik pergi seminggu. Sebab ada cuti deepavali weekend so ambik 4 hari cuti jer dapat seminggu. Untung lagi kat situ haha…ni nak citer airport Pulau Pinang tu agak jauh dari Hard Rock Hotel masa tu kami ambik airport teksi kena dalam RM76. Rasa mahal juga lah sebab ticket flight lagi murah dari teksi hadoi.. Tapi sebenarnya betul lah tu dorang charge sebab punya lah jauh Batu Feringghi dari airport kira dari hujung ke hujung. Illy berapa kali tidur bangun tak sampai hahaha
Dulu masa kecik ayah pernah bawa gi Batu Feringghi masa tu tidur kat Park Royal, pastu last sekali pergi masa cousin husband illy kahwin. Itupun dalam 4 tahun lepas jadi tak berapa ingat sangat jalan.
Ni bilik kami, Hill View Deluxe. Bilik lain full sebab PH weekend. Cost seminggu RM2.8k ni termasuk sekali tax dengan ada 1 malam tu consider PH weekend rate. Kira okay lah juga dapat tidur 7 hari 5 malam kan? Bukan selalu. Konon nak lah upgrade Roxity Kids Suite semalam dua ke, tanya reception hampeh fully book. So takpe lah ada hikmah tu nak suruh datang lagi bawa adik lah tu..
Bilik okay luas, kami duk tingkat 5 jadi view pun okay not bad walau hill view pun cantik juga. Sebab banyak kot beza nak kena tambah kalau nak sea view rasa cam membazir lah plak. Kelengkapan bilik pun okay. Selesa dan bilik dia pun kids friendly. Actually hotel ni memang sesuai untuk bawa family. Next time ada rezeki lebih boleh ajak family illy or family mertua datang sekali. Aminnn
Malam tu kami pun gi la jalan kuar hotel cari makan. Kat depan Hard Rock Hotel ni ada lah beberapa kedai makan. Pastu kami gilah try kat kedai ni nama Pak MIe Restaurant kalau tak silap. Kedai dia banyak lampu so macam tertarik lah. Terkejut juga tengok harga sebab range dah macam restaurant hipster kat kl. air buah dalam RM8. Pastu Johan teringin nak makan tom yam dalam kelapa konon cam kat thailand lah.. Okay lah boleh lah makan, tapi kalau ikut harga dia hurm… kami order juga ikan siakap bakar, agak kecewa tapi sebab tengah mood holiday takpe lah layan kan jer lah..
Tengah malam, illy duk update blog lah macam biasa bila anak tidur. Kita kan part time blogger kena lah curi masa juga siap kan apa pending task yang client bagi, sambil edit gambar edit video apa semua lapar plak dah. Nak gi turun bawah gi beli makan I dont think ada kedai yang buka. Minta izin dengan husband nak order room service. Harga burger ni RM46 satu set. Tapi berbaloi teramat sangat. Makan sorang tak habis. Daging punya lah tebal jenis yang handmade patty. Seriously tebal, pastu dengan wedges dia bagi selambak terbaik. Camni lah baru betul. Malam tu mak buyung tidur senyum.
Woit!! Bangun jom makan breakfast! haha kerja nyer makan jer.. Dah kata pun bercuti, makan tidur lah menda yang paling best. Alang – alang free breakfast makan lah kenyang kot boleh tahan sampai lunch ke, dah jimat LOL
Sengih sofea, dia pun tak pasal jadi foodie sebab mak ayah dia kaki makan. Pengaruh rakan sebaya.. eh sebaya ke? hahahaha Tu dia tengah tadah tangan baca doa. Memang dah train dia dari dulu sebelum makan kena baca doa, jadi sometime tu kita terlupa dia yang tolong remind.. mummy.. baca doa dulu!! Setepek rasa cam kena tempeleng haha
Kat sini breakfast spread dia banyak varieties. Macam – macam pilihan. Kira standard lah hotel banyak bintang breakfast dia ada banyak selection. Tapi kan bila dah seminggu naik muak lah juga. first portion punya lah ambik itu ini nak merasa. Pastu rasa bersalah risau gemuk LOL
Apabila perasaan bersalah timbul, kita makan buah. Dah masuk hari 3 dah ambik satu meal jer, last illy duk makan nasi lemak jer. Sebab tu yang selera nyer pun. Lain dah tak hirau.
Ingatkan duduk bilik Deluxe takda bath tub so tak bawa lah bath bomb. Cisss menyesal, sekali ada lah.. mandi buih tu pakai shower gel hotel jer. Seronok sofea berendam perasan mermaid. Berapa kali minta re-fill showel gel dengan room service nasib baik tak kena ban LOL
Kami memang takda firm ittinerary, memang plan dia nak relaks nak makan nak tidur nak layan anak mandi kolam and pantai. Tapi dah alang – alang kat Hard Rock Hotel, gi lah singgah kedai Hard Rock banyak juga merchandize harga dia agak premium kitorang tak beli apa pun. Tengok jer.
Boleh kata setiap hari kat sini, ini lah activity kami. Mandi pantai mandi kolam. Kat sini kolam dia besar pastu ada mainan slide untuk budak. Orang dewasa pun ada jer main slide. illy setakat berendam gitu jer lah. Tak berani nak main slide sebab tengah pregnant 7 bulan kan tak pasal beranak dalam air. hydrobirth orang cakap hahaha
Time makan malam, degil lah tu, pergi lagi kedai Pak Mie. Kira bagi peluang lagi lah sebab mana tau makanan lain okay ke? Husband illy order koey teow special harga dia rm18 MAHAL sebenarnya T.T pastu dah sampai penang nak lah merasa laksa penang. Ada option laska penang biasa or seafood. Illy order laksa seafood nak tengok lah macam mana harga dia rm12 tapi kan kan kan beze dengan laksa biasa adalah 2 ketul udang ni and setekul kepala sotong. Sedih nyaaa rasa okay lah. tapi untuk rate gerai memang mahal weyh..
Masuk malam ketiga kalau gi lagi kedai Pak Mie tu tak tahu lah nak cakap apa dah hahahah kebetulan we found out Hard Rock ada shuttle pergi town Batu Feringgi. Free jer setiap 30 minit. Apa lagi kan terus lah naik cari makan tempat lain lah plak
Kat Batu Feringghi ni ada night market, sesuai kalau korang nak beli sourvinier magnet ke t-shirt ke dan tempat makan pun banyak pilihan. Kami makan kat one of the food court. Harga berpatutan rasa pun sedap. Sepanjang perjalanan banyak yang amat pilihan. Ikan bakar kitorang order dah lah lagi besar pastu lagi murah and lagi sedap dari yang malam – malam sebelum. Kalau nak balik just tunggu jer kat bus stop yang ada logo hard rock hotel, nanti van datang ambik. Setiap setengah jam ada satu.
The next day tu kami pergi jalan kat Entopia Butterfly Farm. Ada tulis entry and buat video kalau korang berminat nak visit. Illy recommend tempat tu kalau bawa budak sebab memang dorang akan enjoy. Kita yang mak bapak pun seronok juga. Kalau nak baca ni ada link, pastu nak tengok video pun boleh illy letak terus sini.
Mak datin in the house!
Itulah saper suruh baca room service punya menu, kan dah lapar, kan dah teringin. Bila teringin kan tak sengaja pergi order. Tapi tak menyesal, sedap pastu harga dia berbaloi dengan portion RM20 ice cream dia pakai hagen dazz bukan mat cool. Citer dia skang, nak charge mahal boleh tapi biar lah logic berbaloi orang nak makan.
Konon nak ambik gambar family nak masuk instagram.. sekali ada budak posing garu kepala..
Sofea dapat kawan baru kat sini. Nama dia Mei Mei. Comel amoi tu. Nasib takda anak lelaki, kalau tak pinang terus buat menantu hahaha
Sakan sofea dengan spect nyer tu bukan main. Kenangan lah ni kejap mandi pantai kejap mandi kolam. Tak keruan dia. Rasa happy sangat dapat spend quality time dengan anak and husband sekali sekala macam ni. Illy bukan jenis yang kumpul harta sangat, cukup lah dengan kumpul memory. Nanti time anak dah besar boleh duk borak dengan husband ingat kenangan – kenangan manis. Jiwang tertibe
Terima kasih tukang ambik gambar hahaha nampak tu reflection kat cermin. Staff dorang kat sini baik friendly lupa plak nak tanya nama tapi memang overall service kat hard rock semua staff baik and tak kerek.
Adoi panjang nyer blogpost kali ni. Lenguh dah jari menulis ni. Tapi takpa ku gagahkan juga. Okay nak citer kami pun ada try Hard Rock Cafe time lunch. Tujuan pergi lunch sebab tak suka crowded malam dorang ada live band. Plus Live band dia ada direct pasang kat tv dalam bilik so tak yah nak crowded pun boleh jer nengok kat tv. Gi cafe time lunch sebab tak ramai orang. Tenang sikit. Dah berumur ni suka tenang lagi pun bawa budak tak sesuai pergi cafe time malam.
Itu dia mac n cheese TERBAIK. Portion punya banyak kami sharing pun tak habis. Siap minta bungkus pastu masa request tapau tu staff dorang tersilap gi buang hahaha then manager dia request buat baru untuk kitorang full portion bawa balik. My god, korang jangan sweet sgt I terharu. Rezeki kitorang makan kat bilik plak petang tu
Johan order burger, dah macam king of burger. Sedap, sebab kitorang share2 illy dah rasa dah memang best. Berbaloi tip top!
Johan sampai duck face tu hahaha ni kalau dia baca confirm dia bebel banyak2 gambar, gambar duck face you upload? LOL sekali sekala gurau kasar hahahahahahaha
Kalau korang malas nak gi naik shuttle tu illy cadangkan kalau nak makan juga depan hard rock hotel, gi makan kedai nama Riverside Restaurant. Kedai nampak cam suram betul2 tepi sungai seberang jer dari kedai Pak Mie. Itu lah orang cakap dont judge a book by its cover. Sibuk nak makan kedai ada lampu sangat.. ni kedai riverside ni bukan jer murah ikan siakap steam bawah rm30 pastu rasa dia berkali ganda sedap ikan pun besar kami makan anak beranak sekali tom yam lah nasi lah air buah lah apa semua separuh harga yang kami bayar kat kedai sebelum. Kat sana rm8 air buah segelas? Kat riverside ni rm4, nampak? Gelas pun lagi besar. illy doakan rezeki dorang bertambah maju. Next time kalau gi batu feringghi nak gi lagi kedai ni sebab sedap and murah.
Woi budak kecik, jom ambik family pic lah.. apa berangan tu hahaha
Bukan main tembam anak illy ni duk sini asyik makan. By the way sebab masa kitorang gi tu peak timing. jadi dorang ada buka second space untuk breakfast selain kat main area which is kat one of the restaurant nama pizzaria. Sempoi juga makan breakfast tepi pantai.
If korang nak berdating husband and wife kat Hard Rock ada sediakan kids club boleh tinggal anak kat situ dorang ada banyak activity menarik. Jadi boleh berkawan tempat pun cantik bersih staff pun friendly no extra charges. Tapi sofea tak boleh join sebab still pakai pampers and tak cukup umur. Dia kena above 4 years old.
Dont worry, kat sini bagi anak yang tak boleh join kids club ada dorang sediakan baby stiter service. Charge dia rm15 sejam minimum 3 jam. Sempat lah kalau nak gi spa ke nak dinner dengan partner ke. Staff dorang pun amat lah baik. Siap bagi banyak free goodies lagi. Sofea sampai nak ikut kakak nurida tu balik.. sampai hati kau nak hahaha
Illy dah tulis dah aritu pasal pengalaman gi Rock Spa, malas lah nak type lagi berapa kali nak citer kan.. Sesiapa yang rajin nak baca or berminat boleh click kat sini malas nak baca, boleh tengok video kat bawah ni. Sambil tu jemput subscribe kat youtube illy hehehe sempat iklan hahaha
Subscribe lah tau, baru illy semangat nak buat video baru lagi. Illy janji will try my best improve belajar camna nak buat video cantik supaya bolah share terbaik untuk korang. Illy and husband bukan teror sangat semua belajar dari zero. improve mana yang boleh sebaik mungkin
Tengok tu dia punya sengih. Kami dah nak hujung stay tu memang room service jer lah order nyer. Portion makan kongsi duk bersila kat lantai share anak beranak. Ni nak ambik gambar lighting cantik, tu letak tepi stool kat cermin. Lepas ambik gambar baru makan bersila. Nak makan atas katil risau kotor al-maklum ada budak. Sofea happy lah dapat makan ice cream. Time cuti bagi dia lepas laku sikit tang makan. Kalau tak kami agak strict with her food intake.
Dah sampai tak tahu nak buat apa kami gi lepak teen room kat hard rock masa tu kebetulan takda orang so johan main snooker. Sofea kecoh nak ball.. ni bukan ball baling-baling nak, please jangan malukan company T.T hahaha
Malam terakhir kami gi makan kat food court batu feringghi lagi. Kali ni rasa paling best sebab veggie dia tu. Sedap sangat kacang botol pastu ada petai. Tak pernah illy makan masak macam tu. Tak tahu plak kacang botol mix petai buat sambal rasa sedap. Balik KL siap tiru lagi recipe buat kat umah. Tu best gi jalan ni sebab dia open minda kita pada new taste, new experience kira banyak juga lah belajar.
Sebelum nak end post ni, nak citer antara yang lain dari hotel lain and buat tempat ni best adalah dorang sediakan BOSE punya player n speaker dalam bilik mengancam wa cakap lu. Pasang music memang terbaik bunyi dia perghhhhhhhh.. Nanti kalau korang ada rezeki lebih gi lah jalan try hotel ni k? Illy doakan semua dapat merasa. Amin. ni ada lagi vlog illy dah compress pengalaman kami seminggu jadi bawah 4 minit. Enjoy!
Terima kasih sudi baca blogpost illy yang panjang menjela kali ni. Also terima kasih sebab selalu doakan yang baik – baik untuk keluarga illy. Tu jer lah nak share kali ni. Harap bermanfaat, kot lah korang cari idea mana nak bawa family bercuti. Till next time, dont forget to take it easy and smile!
best nyer illy, next time nak gi juga la :) happy tengok your family always cheerful
ReplyDeleteintan terima kasih sebab always being supportive :) nanti gi tau, best.. i hope you have even more fun that we did <3 by the way, my family same jer dgn others ada pasang surut juga :) <3
Deletebest!
ReplyDeletehehehe thanks! :)
DeleteTiket flight lagi murah dari taxi fare. Huhuhuuu.. Pika pernah pergi Hard Rock cafe penang tapi kan amik gambar je dekat signboard tuuu.. Hahhahaa.. Mahal! Tunggu I got extra money nanti boleh la stay macam kak illy and family. Hehehee.. Sofea cute as always.. Nak jadi kakak dah dia..
ReplyDeleteBtw, sepanjang I scroll penuh gambar makanan jeeee.. Hehehhee..
Pika pika chu!! thanks for dropping by <3 itu la pasal ticket naik flight lagi murah dari teksi hahaha
Deleteamin kak illy doakan rezeki pika mencurah melimpah ruah amin2 nanti boleh gi juga :) nanti tunggu time promo or non peak time pun boleh :) cepat jer sofea dah besar dah.. thank you doakan yang baik2 <3
tang gambar makan tu ya betul duk sana asyik makan jer activity nyer hahaha
bestnya ! convo thun depan hrp dpt request kt husband dduk hard rock hotel ni
ReplyDeleteseronok nya convo!! amin2 illy doakan you dapat gi boleh celebrate convo sekali :) tangkap pic tepi pantai hehehe
DeleteSofea looks so adorable in her towel turban, cute giler <3 <3 <3
ReplyDeletehahaha thanks ayna! dia suka tu perasan2 <3 <3 <3
DeleteHard rock hotel ni memang best wpon harga pricy tetap org nak pergi. Kdai2 makan kat luar hotel boleh tahan harga wpon makanan xtip top mana. 😅
ReplyDeletesetuju ;) kalau tip top takpe boleh la consider
Delete