Life Update : Third Trimester Second Pregnancy

Nov 21, 2016

Assalamualaikum and Olla everyone!

Just like to document life update this round. I am currently heavily pregnant tinggal 6 more weeks before my due date. Adik sofea, makin active in my tummy. From what I remembered, this round my baby is far more active compared to sofea dulu. Tapi takpe lah janji sihat kan? Recently as well, my wedding annivesary. Alhamdulilah tuhan panjang kan jodoh dapat merasa kahwin bertahun – tahun. Macam ni rupanya the  feeling. Syukur dapat suami yang baik, anak yang sihat. Nak masuk anak no 2 dah. My god.. cam tak percaya pun ada. Tak pernah terlintas kat kepala boleh sampai tahap ni. Terima kasih pada semua ahli keluarga dan family member serta kawan- kawan yang sentiasa doakan yang terbaik buat kami.

Disebabkan baru ni illy jatuh tergolek nasib perut tak cecah lantai. Masa tu punya la suspense. Jatuh kedepan pulak tu. Sempat tahan pakai lutut and siku, kalau tak as-salam terus. Pikir kan balik pun seram. Sampai sekarang sakit kaki belah kiri bila nak jalan. Nasib takda tulang patah. Bertongkat juga 2- 3 hari. Skang ni dah boleh jalan with out tongkat cuma masih lagi bengkak. Sebab memang jenis tak reti duk diam tu yang payah nak sembuh agak nya.

Takpa redha, sakit tu kifarah dosa. illy terima yang penting anak dalam tummy sihat. Pastu nak cerita, first time dalam hidup illy anta bunga kat kaum berlainan jenis hahaa… Selalu lelaki jer hantar bunga kat perempuan kan? Kali ni illy hantar bunga dengan cake sekali untuk husband. Hehehe.. tersipu – sipu macam awek, dia malu dapat bunga hahaha.. first time juga dia cakap terima flowers. Masa graduate pun dapat bear jer dia cakap haha.. Hope he likes it. Sofea perasan dia punya. Siap tiup lilin atas cake budget birthday dia. Illy hantar kat husband pakai delivery. Masa orang delivery sampai dia tengah mandi pula hadoi………… tapi illy cam buat blur-blur.. minta dia buka kan pintu juga.. Cakap “you.. saper kat pintu tu, i segan nak buka tak pakai tudung ni” nampak punya takda idea haha

Dengan bertowel, husband illy, stop mandi gi buka pintu. Sengih terus hahaha.. Happy rupanya bile kita gembirakan pasangan. Tengok dia senyum rasa happy sangat. Asyik dia jer beli bunga and suprise kat illy. First time buat suprise kat husband, terkejut dia hahaha.. Yer lah tak boleh nak gi jalan mana pun celebrate sebab kaki tengah sakit ni. illy dengan husband plan nak buat DIY High Tea this weekend. Hahaha gedik tak? Harap menjadi, pape nanti illy share and upload k? Mana tau boleh bagi idea or inspirasi kat korang semua pula kan?

 

Spent almost a decade of my life with this guy and he teached me a lot. I learned to trade expectation with appreciation and my world have never been the same yesterday, i tripped and fall down (while on my third trimester) and he have been nothing but supportive and loving. He might not say the 3 words everyday but when he cook for my daughter and me even after a long day at work, how he never miss my doc appointment no matter how busy his schedule. For that I am very grateful to have him as my life partner. No love story is perfect and I am grateful to have him as the father of our child. Hopefully our daughters will be fortunate enough to have someone who care for them like how their father care for their mum. Amin

A photo posted by illy ariffin (@illyariffin) on

 

Other than that, haritu check up position baby songsang. Patut kepala kat bawah tapi masa scan kepala kat atas lagi, Risau juga, tapi takpe lah ada masa lagi 6 minggu, selalu illy gosok perut pujuk baby suruh dia pusing turun kepala kat bawah. Harap dia dengar lah… amin.. illy teringin sangat nak merasa beranak normal. Dulu masa Sofea cuba juga beranak normal tapi lepas 23 jam tahan sakit contraction doc suruh gi bedah ceaser sebab risau lama sangat nanti baby lemas. Alhamdulilah husband illy ada teman masa bilik belah tu walau pun illy tak sedar apa. Berani juga dia tengok wife kena potong perut hidup – hidup. illy belum tentu lagi berani nak hadapi kalau put myself in his shoes.

Beranak kali ni tak tahu lagi macam mana. Nervous sebenarnya… tapi percaya perancangan Allah adalah yang terbaik. Semoga dipermudahkan semua nya amin! Apa- pun nanti illy update lagi k? Till next blogpost, dont forget to take it easy and smile.

2 comments:

  1. Happy Anniversary Illy & Johan, next year it will be even merrier with baby Z <3 <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for the wish Ayna 😊😊😊 amin ya rabal alamin.. harap selamat semuanya 😘

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)