Pengalaman ke Taman Botani Shah Alam, Bukit Cerakah

Dec 6, 2017

    

20171201_141119

Assalamualaikum and Olla everyone!

Sekarang ni musim cuti sekolah, kalau nak cari tempat menarik bawa anak jalan sambil belajar illy ada tempat nak suggest. Hehe baru ni kami pergi ke Taman Botani Shah Alam yang located di Bukit Cerakah Seksyen 8. Last sekali pergi masa tu dalam3 or 4 tahun lepas masa tu takda anak lagi. Kali ni bawa dua anak, decided untuk tak bawa stroller pakai baby carrier sebab alang – alang nak excercise. Besar tau tempat ni, illy suggest kalau nak datang pakai sport shoe atau pun kasutyang selesa sebab memang akan banyak berjalan.

Kali ni banyak juga nampak perubahan dari last sekali pergi. Paling obvious tempat masuk dia ni dah ada macam pintu gerbang. Dulu ala –ala kayu sekarang wahhh punya lah gah. Parking kena bayar RM3 per entry. Sangat berbaloi sebab memang parking berjam-jam kalau betul tawaf satu tempat ni.

20171201_140922

Sebelum pintu masuk tu ada papantanda boleh tengok peta, but dont worry masa bayar masuk nanti pun dia ada provide peta. Illy prefer ambik gambar jer nanti tengok takda membazir kertas. Paperless orang cakap.

20171201_141253

Ni kaunter ticket dia. Masa beli tu buat lawak pulak abang yang jaga kaunter. Dia boleh tanya bila husband illy botak? LOL sebab dia pun sama.. Hehehe friendly, bagus.

20171201_141308

Harga Ticket masuk Taman Botani Shah Alam, bagi dewasa Rm3 budak bawah 6 tahun free, kalau 6 tahun ke 11 tahun Rm1. Warga emas atas 5 tahun Rm1. Teramat lah berbaloi dan murah compare dengan bertapa besar taman ni. Tu baik nya sebab illy rasa taman ni under gomen so ada subsidize. Kalau private confirm mahal sebab nak maintain kawasan yang besar. Harap Taman Botani kekal under gomen supaya ramai orang mampu masuk dan experience keindahan alam.

Kat sini pun ada provide shuttle bus for free dia akan bawa jalan – jalan dan stop kat lokasi menarik lepas tu tinggal korang nak explore jer. Kitorang memang dah mindset nak excercise jadi kami tak naik shuttle bus masa masuk. Best tau jalan dengan anak sambil jogging.

20171201_142011

Sambil jalan tu Sofea memang tengah umur yang amat curious sepanjang jalan tanya, mummy tu tree apa tu? Mummy tu apa tu? Sambil jalan tu sambil boleh bonding dan ajar anak kita. Train dia to be healthy and active. Kalau nak ke hujung sekali dalam 3.5km pergi kalau 3 ways dah 7km kat situ jer. Belum kira kita jalan kat taman-taman lain dalam ni pastu dengan explore nyer lagi. Memang berpeluh sakan. Nikmat tau peluh ni sebenarnya sebab itu salah satu cara kita buang toksin dalam badan. Baru lah sihat.

20171201_142958

First port kami singgah Taman Haiwan, ada jumpa itik, burung, kerbau, kuda, landak dan rusa. Eh.. kura – kura pun ada. Takda lah gempak keba boom dia punya setting tapi okay lah bagi illy. Sebab dia maintain okay. From satu kandang ke kandang lain memang banyak berjalan jauh juga tapi excited nak gi tengok so tak rasa penat.  illy suggest pergi awal pagi atau pun dah petang sikit time redup. Kalau pergi tengah hari karang panas terik pula. Lagi kalau bawa anak kecik kalau terik kang mula la meragam.

20171201_143038

Ni daddy dia posing depan tempat tengok landak. Memang educational, sofea tanya.. mummy ni yang macam dalam book kakak ke? sama ke? Dia relate balik apa yang kita ajar. Selama ni tengok dalam buku gi tengok depan mata consider strenghten kan lagi what she learned. Nak kasi anak – anak appreciate binatang ciptaan Allah.

20171201_143118

Ni tempat kura – kura.

20171201_143446

Masa kat tempat deer ni lawak.. japgi citer. Sebelum tu jom nikmati bertapa majestic nya tanduk rusa. Perghhh! Sebenarnya tanduk dia tu macam ada bulu tau. Dia macam velvet texture kalau tengok betul – betul. Cantik sangat.

Kami spend lebih kurang 10 minutes juga tengok rusa punya kandang ni. Banyak rusa sebenarnya lebih 10 ekor kalau illy tak silap. Sofea macam biasa banyak soalan. Sebelum gerak gi tempat lain boleh plak dia cakap.. Mummy… deer busuk lah, tak mandi ke? hahahahahahahaha Yes, biasa lah gi tengok binatang ni memang bau binatang lah, tak kan bau perfume lak. Hadoi  lah anak…

20171201_144315

Nampak ke kerbau? illy pun belajar something juga. Selalu tengok gambar dulu kalau kat buku sekolah mesti orang lukis kerbau ada burung tengek kat atas dia kan? Ni real life tengok memang adadua ekor burung tengek atas kerbau tu. Memang style dia gitu. Johan cakap kerbau tu sweet and friendly sebab tu burung suka kawan dengan dia.

20171201_150322

Kat sini banyak monyet berkeliaran tau, just bagi tau jer la. Tapi dorang okay sebab dah biasa nampak pelawat. Masa kat Taman Haiwan ni ada jugaAviary and Bunny Park. Kalau nak masauk dewasa bayar RM5 seorang kalau tak silap.budak bawah 3 tahun free. Nak masuk tu jalan atas jambatan macam korang tengok kat gambar ni.

20171201_150446

20171201_150458

Dari luar nampak macam semi dome yang jaring- jaring. Masuk dalam tu. Kat pintu masuk ada dia letak bekas makanan untuk bagi makan rabbit, ayam dan itik.

20171201_150618

Sakan anak-anak illy nampak burung warna warni hahaha.. tu sofea tengak nak bagi makan burung.

20171201_150815

Nak ke kawasan rabbit kat kiri tu kena lalu jambatan. Boleh lah plak kambing ni lepak betul – betul atas jambatan. Husband ilyl chill jer, tapi illy dengan sofea agak gelabah lah juga. karang kena gigit ker hapa hahahah tapi kambing ni jenis baik dia chill jer tak kacau orang. Kami lalu kat area lain sebab tak nak kacau port lepak kambing tu.

20171201_151126

Dapat pun masuk tempat rabbit hehehe.. Sengih bagi makan rabbit. Adik pun kami turunkan dari carrier pastu bagi dia usap rabbit. Best duduk dekat dengan binatang ni sebab automatic datang rasa tenang.

IMG_20171201_151956_218

Overall memang puas hati. Kami decide untuk balik lepas gi rabbit park, taman lain simpan for next visit boleh explore lagi.  Yang penting anak happy, dapat belajar and close encouter dengan binatang and surrounded by tumbuhan hijau. Soul cleaning sambil excersice hehehe.. Tu jer lah untuk kali ni, harap blogpost ni dapat membantu bagi input and idea kalau korang terpikir mana nak bawa anak time cuti sekolah atau weekend ke? Till next blogpost, don’t forget to take it easy and smile!

1 comment:

  1. Anak-anak sangat suka explore taman yang ada haiwan macam ni, insyaAllah boleh bawa diorang ke sana pulak

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)