Pengalaman ke Taman Wetland Putrajaya

LRM_EXPORT_20171113_120642

Assalamualaikum and Olla everyone!

Semenjak dari pergi Nivea Care Run hosted kat Putrajaya haritu kami sekeluarga asyik rasa nak spend time kat sini time weekend. So, haritu ada lalu depan Wetland ni ingatkan macam taman tema air ke apa rupanya tak. Dia lebih pada pada nature, tempat tengok burung, taman main basikal and also tempat jogging. Kami pergi ahad pagi which is just nice sebab pergi pagi tak panas. Kalau dalam pukul 7 atau 8 tu paling sesuai tak terik. Illy suggest korang tengok dulu ramalan cuaca before pergi sebab kalau hujan then no point. 

Ada few spot menarik kat dalam Wetland Putrajaya ni sendiri, ada flamingo watching area, ada tempat macam ala-muzium tumbuhan tapi kitorang tak sempat nak visit yang tu lagi next time nak check out yang tu pula. Kali ni kami decide nak berbasikal spend time dengan anak-anak.

LRM_EXPORT_20171113_120857

Masuk free, cuma kalau nak guided tour atau naik tram atau sewa basikal then kena bayar. Sewa basikal untuk yang ada bay seat RM12 satu jam. Yang basikal single RM10 satu jam. Ni rate untuk weekend. Kalau hari biasa tolak RM2 dari cost yang illy share tadi.  Sangat berpatutan harga dia. Kalau ada basikal sendiri boleh juga bawa tiada charge dikenakan. Sofea ada basikal kat umah tapi jenus lah pula nak bawa dari rumah kami kat kota damansara nak heret ke sini. So, decided untuk sewa jer senang citer. Kami ambik basikal single satu untuk illy then basikal with baby seat untuk Johan bawa Sofea. Adik letak mana? Hehehe dah bawa siap baby carrier so johan angkat adik. Illy tak confident nak carry adik kang takut tgh syok naik basikal kang tergolek kat jalan tar tak pasal. Better bagi husband illy bawa he have better control.

LRM_EXPORT_20171113_120934

Lepas dah bayar sewa basikal boleh pilih, tempat parking sebelah jer kaunter bayar.

LRM_EXPORT_20171113_120728

Berlari si Sofea nak pergi pilih basikal. Bukan main excited.

LRM_EXPORT_20171113_120832

Ni illy ada ambik gambar map Wetland Putrajaya. Luas tau sebenarnya kawasan dia, Kayuh basikal tu boleh lenjun peluh keluar semua toksin dalam badan.

LRM_EXPORT_20171113_120407

Kami singgah kat first stop. Tempat tengok burung dan flamingo. Cantik Taman Wetland  ni greatly maintained. Takda sampah sarap, udara segar sebab dikelilingi pokok kalau nak posing ambik gambar pun best.

LRM_EXPORT_20171113_120556

Bye basikal, kami nak gi jalan – jalan kejap lagi kita jumpa lagi k?

LRM_EXPORT_20171113_120456

Bagi budak memang seronok datang sini boleh nampak angsa, itik. More like a learn while play session. Illy and husband suka bawa anak belajar macam ni. Nak kasi dorang minat sayang binatang biar ada rasa compasionate sesama mahkluk Allah. Selalu kat rumah kan kami ada buku ajar pasal nama binatang, then ni bila nampak depan mata dia boleh related balik. I think it helps the learning process.

20171112_104211

Ada swan!! pastu ada bangau juga. Pelik bin heran dorang ni takda sangkar boleh terbang bebas but still datang lepak kat sini. Ada nampak satu family tu datang bawa roti bagi makan. Maybe sebab selalu dapat makanan kat sini tu yang burung pun minat datang sini. 

IMG_20171112_113052_772

Sempat ambik gambar family, buat kenangan. Nasib ada jumpa satu couple elderly minta tolong uncle tu snap kan gambar. So.. sweet jer kan, anak – anak dah besar jalan berdua dating gi tengok burung. Nikmat Allah beri pada mereka.

Sofea bukan main gangster lagi muka ambik gambar LOL padahal sepanjang jalan kecoh mulut tu. Duk sebut I AM AWESOME!!!! LOL lawak betul budak ni. Adik gak yang sweet. Daddy dia cakap masa daddy nafas cunggap2 adik boleh plak ejek n tiru daddy punya nafas.. huhhhh haaa huuu haa.. Budak dua ni kan ada jer tau point nak kasi mak ayah dia senyum.

IMG_20171112_113052_773

Abuuugit satu kali tengok! hahaha 

IMG_20171112_201924_024

Life is not always up but if we spend time to laugh and have fun along the way it will make the journey more meaningful. Expecially bila dah ada anak ni. Rasa masa cepat sangat berlalu, cepat sangat dorang ni besar. Dapat spend time, boleh buat aktiviti sihat and bawa anak jalan, rasa happy sangat.

Kat sini memang banyak port nak ambik gambar tau. Johan cakap kalau ambik gambar satu port sehari setahun pun belum habis lagi. Ni belum pergi taman lain lagi kat sini.

LRM_EXPORT_20171113_120311

Senyum adik tu memang mummy rasa nak freeze jer. Hehehe.. Okay tu jer la nak share pengalaman kami ke Taman Wetland Putrajaya. Harap membantu tak sikit sebanyak. Memang puas datang sini. Illy syorkan padayang belum pergi.. Owh ya kalau nka bawa basikal pastikan pakai kasut sebelum datang sebab syarat nak sewa basikal kena pakai kasut.

Teirma kasih sudi baca blog illy. Jangan lupa follow kat social media site illy ada host banyak giveaway so you wont miss out.  Till next blogpost, dont forget to take it easy and smile!

B L O G : www.illyariffin.com

I N S T A G R A M : http://instagram.com/illyariffin

T W I T T E R : https://twitter.com/illyariffin

F A C E B O O K : https://www.facebook.com/illyariffinblog

Comments

  1. Adoiii comelnya sofea. Adk mcm pemalu lagi, xsbr tunggu dia besar, agk2 sama ke x prangai mcm sofea tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you liz, sudi singgah sini :) <3 hehe adik so far character dia terbalik habis dengan kakak.. adik macam memangmacam pemalu n soft punya style, kakak dia very high energy n bubly :) hehe tak sabar nak visit liz ngan baby <3

      Delete
  2. insya allah nti singgah... tq sbb sharing.....

    ReplyDelete
  3. salam ziarah sini..selamat berkenalan..

    ahad baru2 ni pegi sini jugak..15thn dok Putrajaya x pegi pun walhal cam blkg umah jer..ekekek

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts