Check List Beg Hospital Untuk Ibu and Bayi

Dec 12, 2016

 

Check List Beg Hospital Untuk Ibu and Bayi

Assalamualaikum and Olla everyone!

Kali ini illy nak share  apa yang illy packing dalam beg hospital illy dan juga baby. Harap dapat membantu in the future kalau korang nak bersalin ke kan. Bear in mind, illy punya list ni berdasarkan keperluan illy dan kita semua ada keperluan berbeza. Ada yang lebih sempoi dan ada juga orang yang lebih detail. Illy buat post ni dengan harapan untuk membantu bagi idea apa yang korang nak pack. Hopefully it helps.

Dulu masa sofea illy tak pernah buat blogpost pasal hospital beg, so this round illy rasa mungkin a good idea to do so. Ada juga illy pernah buat blogpost list barang check list apa keperluan yang tu alhamdulilah 99% barang dah lengkap. Kalau korang nak baca, jap click kat sini , Kalau nak baca pengalaman illy bersalin pun boleh ada dari start illy pregnant anak first sampai lah bersalin. Yang tu boleh click sini Kali ini untuk adik sofea illy buat pregnancy update juga, nanti boleh search lah blog illy penat plak nak tampai link banyak – banyak hahaha..

Ni illy share pasal beg hospital jer tau, beg untuk berpantang lain. Sebab illy akan duduk kat confinement center 2 minggu (dorang sponsor 1 week pastu husband illy tambah 1 week lagi) pastu balik rumah lepas tu kami ambik confinement lady yang datang rumah tu.

Illy tak beli beg baru khas untuk beg hospital sebab rasa macam membazir. Illy pakai beg luggage yang kami biasa travel tu. Sebab ada 2 size. Yang size 20 inch yang boleh check in tu illy buat beg hospital then yang besar 30 inch illy pakai untuk pergi confinement center . Beg confinement center tu kena besar sebab 2 minggu nak duduk situ dan barang sofea and my husband sekali. Sebab kitorang semua duduk situ sepanjang 2 minggu. Beg Hospital pakai yang 20 inch tu cukup sebab paling lama pun 3 hari Insya Allah. Harap adik takda complication and dapat keluar hospital segera. Amin.

Check List Beg Hospital Untuk Ibu and Bayi

Antara barang yang bakal illy bawa so kat bawah ni adalah senarai checklist barang beg hospital untuk bersalin bagi ibu dan baby : -

1) Pampers NewBorn

2) Bendung Baby / Swadle

3) Barut Baby – Zap and ikat

4) Disposable Panties

5) Kain Batik

6) Biskut and milo

7) Maternity Pad – japgi illy citer kenapa illy pakai non maternity pad

8) Wet Wipes

9) Baju Baby 3 pasang

10) mittens (sarung tangan and kaki baby)

11) Topi Baby

12) Breat Pump (Illy bawa manual and electric)

13) Peralatan toileteries ibu

14) Selipar Ibu + Stokin

15) Toileteries Baby +  Minyak Telon

16) Pregnancy Pillow – Non Compulsary tapi illy bawa jer sebab nak breast feeding nanti tak lenguh tangan.

 

Check List Beg Hospital Untuk Ibu and Bayi

Okay skang nak cerita sikit lah bagi tips kot lah membantu. Start with the selipar pink yang ada gambar cam rabbit tu. Yang tu husband illy yang belikan. Sebab nanti dah masuk hospital dia kata nanti pakai stokin takut sejuk jadi nanti nak masuk toilet and bergerak kat lantai tu dia risau licin ke apa. Jadi bila pakai selipar ni takda lah risau stokin basah or licin nak berjalan pun tak sejuk. Husband illy jenis particular, illy tak perasan benda ni dia yang perasan (orang dah 2 kali jadi daddy haha) pastu kalau boleh beli yang slip on takda yang tengah tu jadi senang nak pakai time ada stokin.

For pakaian, memang hospital akan sediakan cam jubah tu, tapi dia cam seksi kat belakang tu terbuka. Dulu illy ada pakai t-shirt tapi bila nak breast feeding payah nak buka, jadi husband illy cadangkan bawa kemeja. Kalau breastfeeding senang buka butang mana yang perlu then tutup pakai tudung jer. Takda lah seksi sangat risau orang datang melawat masa tengah breast feeding kan. Pastu kemeja pun lengan panjang takda lah masuk angin sangat. Kain batik tu kira wajib lah. Selesa and mudah nak pakai.

For breastpump, actually the first few days tu takda kuar susu sangat lagi just colostrum. Colustrum tu adalah paling bagus untuk baby. Pasal colostrum illy citer lain kali. Ni nak citer apesal illy bawa juga pump sebab nak stimulate demand every 2 hours. Sebaik mungkin illy akan bagi baby direct latching supaya encourage more milk production nanti bila dah masuk hari ketiga dan ke atas. Pump illy bawa both manual and electric. Tengok mana yang sesuai nak pakai. Kalau boleh illy nak start power pumping supaya susu meriah nanti insya Allah. Yang penting usaha, rezeki tuhan nak bagi kita tak tahu. Citer pasal breastfeeding ni satu buku pun tak settle, Plus I am not a pro. Jadi next time lah illy kongsi cerita pasal ilmu  breast feeding yang illy ada. Yang penting kena mentally prepare dan rajin cari ilmu dan tak putus asa.

Pastu maternity pad illy pakai yang jenis biasa, tak nak pakai yang specific for maternity sebab tak selesa hahaha. Illy pakai yang jenis ultra nipis tapi serap bagus. Ikut pengalaman illy lagi okay dari maternity pad biasa sebab the design pastu kurang tumpah darah.

 

 

Check List Beg Hospital Untuk Ibu and Bayi

Sebab beg luggage travel kan dia ada 2 bahagian jadi senang, nak asing sebelah barang ibu sebelah lagi barang baby. Mana yang tak muat tu susun – susun lah sikit. Illy ada bawa sikit biskut and milo 3 in one. Bukan apa nanti bila dah breastfeeding memang akan lapar sentiasa so ada lah nak alas perut. Hospital memang akan bagi makan ikut time tapi kalau dah tengah malam lapar tu atleast tak menyusahkan my husband nak kena mencari makan. Boleh la illy supper share dengan dia. Pakaian baby illy bawa dalam 3 set. Penting bagi illy swadle/benkung sebab nak kasi baby selesa. Swadle illy pakai yang time sofea dulu guna balik, pastu ada beli tambah sikit dari sepupu husband illy punya wife. Panggil apa biras ke? Nama dia fina dia buat business jual barut and benkung jahit sendiri material cotton. Comel dan lembut sangat. Illy berpuas hati order dengan fina siap dapat free gift lagi. Thank you  Fina!  Kalau berminat boleh contact kat fb dia ni illy bagi link List harga illy letak kat bawah ni kot korang interested. Boleh ws or call dia kalau nak tanya – tanya Fina +60 19-265 6167

ni harga untuk bedung & barut..(putih)

bedung saiz l=rm 15 (40"x40")
bedung saiz m= rm13 (36"x36")

*bedung boleh terus buat slimut bby

barut tali saiz s=rm4.80, set(5pcs) rm23.00
barut tali saiz m=rm5.50, set(5pcs) rm25.00
barut tali saiz l=rm6.00, set(5pcs) rm27.00

barut gantung=rm7, set(5pcs) rm33.00

material=cotton  cod=kawasan melaka.cas pghntran brgantung pada kwsn...masjd tnh & alor gjah free.. ;-)

Nak citer, pasal pampers newborn tu, tak yah beli banyak beli sepeket jer. Sebab beza dengan size S hanya ada lubang tempat tali pusat baby belum kering. Selalu nya lepas seminggu tali pusat tu dah jatuh jadi pakai pampers biasa or napkin pun boleh. Ikut selera korang lah. Kalau nak enviromental boleh pakai yang reusable cloth diaper.

.

image

Okay tu jer la illy nak share kali ni. Yang bantal kuning tu illy punya peneman sepanjang pregnant illy pakai dari zaman sofea lagi. Yang tu korang boleh beli dari Bloom&Grow. Illy bawa sebab nanti nak breastfeed baby senang ada alas tak lenguh tangan. Harap perkongsian illy kali ni bermanfaat. Illy tengah menunggu hari ni. Barang semua ni nak masuk kereta siap- siap dalam bonet. Jadi nak bersalin nanti tak kecoh. Semua dah ready dalam kereta. Kalau sempat nanti illy tulis satu lagi entry untuk beg persiapan ke confiment center. Yang tu ada set bersalin and the rest of the items yang diperlukan dalam berpantang. Illy harap sangat nak bersalin normal kali ni. Sebab nak merasa plus beranak normal ni lagi cepat sembuh sebab tak involved major operation compared to ceasarian. Our body pun memang biologicaly program for the process. Tapi itu semua kehendak, yang tentukan nanti Allah juga. Terima kasih sebab selalu doakan yang baik – baik untuk illy sekeluarga. Pape nanti illy update lagi k? Hugs!

10 comments:

  1. dah boleh jadi consultant beg orang bersalin dah ni hahaha.
    intan doakan segala urusan illy dan keluarga dipermudahkan amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. intan, jangan buat lawak haha consultant apa baru 2 kali jer pun beranak :P and thank you for the doa! <3

      Delete
  2. Replies
    1. amin ya rabal alamin.. thank you Ila Shafila <3

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih Alia <3 amin.... illy doakan alia pun selamat semua sepanjang berpantang ni :)

      Delete
  4. excited for you babe, Insyallah everything will runs smoothly, Amin =)

    ReplyDelete
  5. Good luck Illy. Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti okay.
    Mesti sofea seronok nak dapat adik. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya rabal alamin. Thank you tau sebab doakan yang baik2 <3

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)