Buka Puasa di Hilton Petaling Jaya







Assalamualaikum and Olla everyone!

Kalau korang tengah survey mana nak bawa family pergi buka puasa buffet then illy nak suggest Paya Serai Hotel Hilton Petaling Jaya. Baru ni keluarga illy dijemput pergi buka puasa preview. Tempat ni memang agak nostalgia sikit sebab bangunan Hilton Petaling Jaya ni memang dah lama. Ada chef yang dah kerja 20 tahun lebih, yang chef buat kerabu pun dah 15 tahun kerja kat sini. So boleh bayangkan dorang puya experience. Masa preview tu head chef siap bagitau yang chef masakan briyani pernah bekerja untuk keluarga Diraja Sultan Pahang. Wah.. ni memang confirm sedap ni. Actually, siapa yang pernah makan kat Paya Serai akan tahu kualiti makanan kat sini memang tak pernah mengkecewakan. Nak tengok apa yang menarik? 



Ikan kembung bakar berempah ni dah la seksi, pastu sedap. Just nice bakar dia tak kering dan rasa rempah tu memang sebati. Cicah dengan air asam lagi la terangkat. 




Buka puasa sunat makan kurma kan? Tengok ni bertapa gebu dia punya kurma. Ada banyak lagi manisan, japgi illy tunjuk lagi. 



Ikan merah sekor masak assam pedas. Ya habibi.. ni memang antara paling mengiurkan lah. Antara paling cepat habis lauk, Yang ni korang kena try, rasa assam pedas dia memang kick pastu siap ada letak petai pulak tu memang kababom.. Kalau ada kawan dari luar negara datang, bawa plak bagi dia rasa makanan malaysia kat sini confirm dia suka. 



Daging Salai masak lemak cili padi pulak dah. Illy kan bukan nak cakap apa, tapi memang sedap semua masakan chef di Hilton Petaling Jaya. Dari segi rasa dan kualiti bahan memang puas hati, Msak lemak ni rasa dia memang macam masa zaman illy kecik- kecik punya lauk. 



Ketam Kari, ni makan nasi kosong pun sedap dengan briyani pun sedap. Banyak sangat pilihan and to be exact ada lebih 350 jenis juadah yang boleh pilih. Setiap satu sedap la pula rasa dia so jadi macam semua pun nak try tinggal perut jer belum tentu muat semua hahaha.. Illy suggest ambik sikit2 try dulu, then mana yang suka boleh repeat. 



Gulai kawah, pun sedap rempah cukup rasa yang kuah tak cair. Macam lauk kenduri kahwin pun ada gak yang ni. Nanti kena try ayam masak merah dia sebiji macam rasa lauk kenduri kahwin. 



Tengok husband illy punya pinggan, dia memang tak kasi chan... Kami memang tengah sibuk berdiet sekarang ni tap datang kat Hilton PJ ni terus lupa diet tu apa. Memang tergugat iman kami. Sotong kangkung, satay semua ada. Dah la satay punyna marination tu berasa, pastu isi tebal, tak kering and juicy dia punya meat, kuah kacang pulak jenis chunky, makan jer memang terasa kacang perghh... 



Dah macam raja kami aritu, sambil makan sedap ada pula persembahan dari kakitangan hotel. Sporting and multi-talented dorang kat sini. Anak illy yang si Zandria tu siap menari depan abang and kakak yang buat persembahan. Terima kasih sudi melayan anak illy. 


Selain dari banyak hidangan buffet, ada juga ala-carte stall yang macam ni. Boleh order direct terus chef buatkan panas - panas. 



Nasi lemak bungkus, memang terpaling klasik. Presentation sangat menarik, siap dengan alas daun pisang, dengan tempat letak nasi kayu, eh siap masak nasi dengan daun pandan. Tu memang teringat illy pada my nenek. Dia memang suka kalau masak nasi letak daun pandan sebab bau akan harum dan rasa pun extra sedap. 





Ikan sembilang masak lemak cili padi ni antara banyak lagi lauk gulai kawah yang disediakan di sini. Memang lauk kampung banyak, so bagi yang teringin nak makan lauk kampung sedap memang wajib datang try buka puasa kat Hilton PJ pasti tak menyesal sebab theme pun dah sah-sah  “Sajian Warisan Paya Serai”.




Wajik you all, mana nak cari wajik kat kl ni. Orang tua dulu - dulu jer yang pandai buat ni. Husband illy bukan main sengih nampak wajik ni sebab dia teringat dia punya Wan dulup ernah buat wajik. 


Kueh rempeyek, kuih samprit, macam macam lagi sebenarnya kalau nak ambik gambar setiap satu lauk sampai esok pun tak habis illy tulis blog ni hahahaha.. 


Tapai pun ada, dulu kan nenek illy suka buat tapai. Pastu bukan main banyak pantang, tak boleh tengok la, kena simpan tempat gelap la, kalau tak ikut pantang tu nanti tak jadi. Illy takda plak nak ambik ilmu buat tapai tu kat nenek illy, ni terjumpa tapai kat Hilton terus teringat nostalgia masa kecik. 


Kalau bab kerabu, korang cakap nak kerabu apa, banyak betul pilihn kerabu kat sini. Dari kerabu mangga sampai lah ke kerabu sotong, kerabu udang segala jenis. Semua sedap cukup rasa, dan kalau boleh bawa lah perut extra hehe.. 




Tu dia kueh, banyak keuh tradisi yang tak susah nak cari zaman sekarang. Nak jumpa susah nak cari yang sedap lagi payah. So far kueh yang illy try kat Hilton semua sedap. Ada lepat pisang, akok, tepung pelita.. macam macam. Anak illy 3 kali tambah bubur lambuk. Pastu ice cream sampai 2 kali. Budak kalau repeat tu memang sedap la tu. Kalau teringin nak makan westrn food or chinese food or indian food pun ada banyak yang menarik macam putu mayam pun ada, serious tak tipu pecal lele dan ayam penyet pun ada. Memang dimandikan dengan pilhan. Jadi illy rasa memang berbaloi dengan harga yang dia.  

Booking baik buat awal, selalu nya Hilton PJ ni antara paling susah nak secure sebab selalu fool house. Kalau nak buat buka puasa gathering untuk family ke untuk office or kawan, baik booking awal. Ni contact +603 7955 9122 atau check out www.zestPJ.com.



Harga Buka Puasa Buffet 2019 - Paya Serai Hilton Petaling Jaya
  • Buka Puasa Buffet Dinner from 5th – 7th May 2019 from 7.00pm - 10.30pm Adult: RM 169 Nett Child: RM 89 Nett.
  • Buka Puasa Buffet Dinner from 8th May – 1st June 2019 from 7.00pm - 10.30pm Adult: RM189 Nett and Child: RM99 Nett.

  • Buka Puasa Buffet Dinner from 2nd – 4th June 2019 from 7.00pm - 10.30pm Adult: RM169 Nett, Child: RM89 Nett.
  • Raya Open House Buffet from 5th June - End of Syawal
  • Weekdays from 2.30pm - 4.30pm priced at Adult: RM 109 Nett and Child: RM 56 Nett Weekends from 12.30pm - 4.30pm priced at Adult: RM 122 Nett and Child: RM 66 Nett  Applicable for 30 persons and above.


Okay tu jer la nak share kali ni, harap membantu kalau korang tengah nak cair idea mana nak buka puasa yang sedap dan berbaloi. Have fun, semoga ramadhan kali ni menjadi ramadhan yang lebih baik dari tahun - tahun terdahulu. Till next blogpost, see you!




To get 10% off your booking via booking.com use my link. I will get a small amount of referral fee and you will get 10% off. It is one of the ways that will help my family to fund our trip and to earn so we could create more content for you. Click here to get 10% off discount :
https://bit.ly/2TyVDk0  

If you like me or my family to review your esteemed organization, restaurant, food or even product, do email me at illy.ariffin@gmail.com and we could discuss further.

F A C E B O O K P A G E : https://www.facebook.com/illyariffinblog

Comments

Popular Posts