Ulang Tahun SAHI Sarang Burung
Assalamualaikum and Olla everyone!
Weekend baru ni illy di jemput pergi celebrate Ulang Tahun Sahi Sarang Burung HQ. Event di host dekat The Royal Chulan The Curve. Yes, suka kalau event area damansara sebab dekat dengan rumah hahaha.. boleh tak bias camtu? Actually event jauh pun illy pergi jer support kalau timing tu kena and also if brand tu illy betul-betul berminat.
Tema 2nd Anniversary SAHI Sarang Burung HQ kali ni adalah white and gold. Apa lagi illy korek la apa yang ada kat umah, boleh lah kan? Bagi illy, salah satu cara untuk kita hormat dan hargai event organizer adalah dengan ikut tema yang ditetapkan. Walaupun tak compulsary tapi illy rasa seronok bila dapat gembirakan host. Walaupun nampak cam benda kecik tapi yang kecik tu lah yang penting kadang - kadang tau.
As a host, sebab illy pun selalu organise event.. sebenarnya, tetamu tak ikut tema pun takpa sebab masa yang di spend untuk celebrate dan datang event kita pun dah rasa seronok. Ni kan pula bila tetamu ikut tema, lagi la rasa berbunga hati.
Cantik kan dorang punya welcome banner. Nora Danish datang sebagai special guest merangkap Duta SAHI Sarang Burung. Cantik nya Nora Danish ni, i ingat lagi time study dulu, zaman tu kalau boleh tak nak miss tengok cerita PUTERI. Yang peting kita, enjoy! hehe comel orang nya. Illy pun nak jadi cantik dan slim macam Nora Danish walaupun dah jadi ibu. AMIN.. Baik korang amin kan... amin hahahahaha....
Yang tengah duk tunjuk peace to Farah, yang sorang lagi cantik rambut panjang tepi illy tu kawan baru nama pun Fara juga. Terima kasih Farah, sudi jemput illy join event SAHI, boleh dapa tahu info tentang produk baru, dapat inspirasi, dapat kenalan baru.
Illy masa datang tu, sampai agak awal. Yer la kalau orang cakap start register 2.30pm memang illy akan sampai 5 minit awal dari timing. Dah biasa awak, kita memang tak biasa lambat nanti kita rasa nervous. Untuk ketenangan jiwa, memang ily dah biasakan diri sampai awal. Bila kau datang awal pastu pergi event yang tak pernah pergi before this, jawapan dia start la illy nak nervous. Yes, walaupun dah nak masuk 11 tahun berblogging dan pergi event tapi illy still cuba nak atasi masalah nervous hahaha..
illy masa sampai tu terus senyum, duduk pastu illy cam segan nak berborak dengan yang lain sebab malu - malu, bukan sombong tapi serious illy cam segan skit. Ambik masa nak warm up orang kata hehe.. Nasib tak lama pastu Farah datang, baru rasa cam lega... rasa cam ada semangat sebab ada kawan. Nak plak dapat kenal kawan baru so start rasa selesa.
Gambar kenangan kami dengan Co-Founder SAHI - Amy Yusoff , illy memang kagum dengan orang berbusiness. Sebab illy tahu bukan mudah nak bina syarikat sendiri, nak motivate team, nak handle supplier, nak pikir marketing lah.. Memang kena kuat mental dan fizikal, jadi bila dapat jumpa pengasas yang berjaya illy rasa happy sangat. Sebab jalan yang dorang lalu bukan mudah. Illy selalu doakan orang yang illy jumpa supaya maju je depan jauh lagi. Dapat tercuit sikit aura pun jadi lah.
Yang kiri tu Lisa, another co-founder untuk SAHI. Yang kat tengah tu, agent SAHI untuk Singapore. Sweet tau team SAHI, siap celebrate suprise birthday month lagi untuk dorang punya agent dan Nora Danish pun dapat suprise birthda celebration juga.
Masa event berlangsung, team SAHI ada juga announce top sale untuk setiap negeri. Eh.. memang power la korang, illy tengok video katanya lebih 50 ribu botol terjual. Hebat!! Tahniah pada semua agen SAHI. Semoga lebih maju lagi lepas ni. Tumpang gembira atas kejayaan Team SAHI Sarang Burung. Tahniah!!
Masa borak dengan farah, dia citer kat illy tahun lepas dia pergi anniversary 1st SAHI masa tu baru ada 1 produk. Wah.. dalam masa setahun business berkembang dan sekarang dah ada 5 produk. Ni illy ada ambik gambar produk keluaran SAHI SARANG BURUNG. Nanti kalau ada yang berminat nak cuba boleh follow instagram SAHI kat sini .
Illy paling berminat nak cuba yang Bird Nest Soap tu, korang minat nak try yang mana? Kalau sampai 50 ribu botol terjual tu rasanya memang menjadi la produk SAHI ni kalau tak macam mana sales banyak kan? Mesti lah sebab berkesan.
Pinggan first, konon cam nak diet. Nampak Farah ambik shepherd pie terus punah diet. Illy kurang iman, pergi makan second round hahaha.. Terima kasih SAHI sebab order makan sedap untuk semua tetamu. Lepas tu bagi goodie bag yang menarik, boleh buat beg make up. Dapat warna kegemaran kita pula tu.
PAda event SAHI ni juga illy dapat reunion dengan junior course microbiology.... Yang tudug pink yang comel lote tu nama dia Eva Natasha. Dok lah cerita stay kat mana apa semua sekali borak punya borak dapat tahun yang Eva ni pun study microbiology juga rupanya. Kira junior la tu. see how small the world is.
Overall, majlis berjalan lancar. Everyone in front and behind the scene berjaya pull off this event. Semua tersusun dan smooth. Sebagai tetamu illy rasa selesa dan tunpang gembira atas kejayaan team SAHI. Terima kasih tak terhingga sudi jemput illy untuk kongsi kegembiraan. All the best in the future, illy doakan korang punya sales naik 10 kali ganda tahun ni AMIN!!
Comments
Post a Comment
Thank you so much for taking the time to comment :)
I love reading it <3 Big hug!!