Pengalaman ke Cherating - BEST GILER
Assalamualaikum and Olla everyone!
Okay, terus terang dah banyak kali pergi cherating and setiap kali pergi pun best. Sebab apa? Tak jauh sangat, tak payah nak fly, naik kereta dalam 3 jam pun dah sampai. Sebenarnya bercuti ni bagi illy ada 2 jenis. Satu yang kita memang nak explore, banyak berjalan nak tengok macam - macam. Yang ni pergi jauh berbaloi sebab banyak nak experience cuma dia punya down side memang penat kalau berjalan yang style macam ni. Walaupun penat tapi puas hati sebab banyak info baru, boleh cuba makanan baru boleh tengok benda baru boleh belajar pasal culture.
Satu lagi bercuti adalah betul - betul nak rehat nak tenang. Kalau yang betul nak rehat salah satu cara illy paling suka is staycation. Tu pasal banyak hotel review area kl dan selangor tu kira staycation. Nak duduk hotel, nak rehat nak tidur selesa and just nak betul spend time dengan tenang. Boleh order room service, sambil baring tengok movie dengan family. MEMANG SELESA. Yang trip staycation dia tak banyak explore more pada rehatkan badan dalam keadaan paling selesa. Selain pada staycation, cuti-cuti malaysia pun boleh consider jenis cuti yang rehat. Ni kalau pergi tempat tak sesak lah yer. Kalau tempat sesak dalam malaysia pun semak jugak. Vibe tu penting. Aura bandar dia cam ada serabut tu, kalau pergi jauh sikit dari sesak bandar dia punya aura tenang tu memang terasa beza. Kepala jadi kurang bingit, mata tak serabut, takda jam, takda masalah cari parking dan pemandu kat jalan pun more tenang takda asyik nak menyondol jer. Tu suma faktor tu. Lagi plak kalau pergi pantai. Potensi chill vibe tu tinggi. Memang terbaik.
Antara faktor yang buat kami banyak kali pergi cherating : -
- Tak jauh, 3 jam jer dah sampai
- Hotel murah, bayar bawah rm150 dah dapat hotel selesa
- Tak padat, compare pantai yang famous kat malaysia. Cherating lebih tenang.
- Makan sedap dah murah. Japgi citer port baik punya kami nak share.
- Kurang pencemaran cahaya, nak tengok shooting stars lebih clear.
- Ada jual celup tepung, petang makan di buai angin pantai memang syahdu.
Last time, kitorang pergi ClubMed (boleh click kalau nak baca) rasa illy dah pergi 4 kali kot club med hahaha... Okay memang ClubMed kira above average dia punya harga, yang nak bayar RM150 boleh consider The Legend Cherating ataupun Holiday Villa Cherating. Still very selesa cuma hotel dah lama tapi okay jer kitorang duduk. Kali ni nak share pasal pengalaman pergi Holiday Villa. Actually baru tahu dia macam ada villa yang ada swimming pool private tu nama dia La Villa Cherating. Satu kawasan dalam Holiday Villa juga. Another premium option.
Kami ambik bilik biasa sudah, masa tu booking last minute satu malam before gerak dapat bilik RM150. Berbaloi. Kalau korang nak survey rate boleh survey ni kat bawah illy letak search box memudahkan korang.
Booking.com
Kat sini time malam memang teramat tenang. Jalan tepi pool pastu dapat plak angin pantai memang kitorang yang dah kahwin banyak tahun ni pun tertiber feeling honeymoon.
Kat sini ada banyak jenis bilik tau, kitorang ambik yang bilik menghadap swimming pool. Japgi citer lah.. Let's start dari awal.
Citer dia mula tu kami plan nak bawa anak pergi camping. Nak bagi anak rasa susah sikit, nak tidur dalam khemah, nak bakar marshmallow kat unggun api, nak buat bbq pastu tengok bintang. Dah excited dah ni satu family nak camping sekali tak jadi sebab cuaca sehari sebelum tu macam hujan risau plak bawa anak tidur camping kalau petir ke kan, pastu kawan yang kami nak pinjam khemah tu pun tak dapat nak jumpa khemah. Takda khemah nak camping mana hehehee.. Tu la kami pun malam tu juga book hotel.
Tengah packing barang, adik tiri call kata nak jumpa anak kami. Then last minute tukar plan budak tak ikut plak dah. Takpe la layan jer la.
Kalau pergi ke Cherating boleh singgah RnR Gambang ada jual ikan patin tempoyak untuk lunch. Kami makan nasi ulam 2 pastu ekor patin 1 total tak sampai RM20 untuk dua orang makan.
Ni pintu masuk Holiday Villa, nampak cam semak sikit kan? hahaha ke mata illy jer. takpe dont judge a book by its cover. Lek lu.. Masuk jer nanti dia macam ada jalan terus ke dalam kiri kanan ada bendera kibar2 cantik. Nak tengok kat bawah sekali kang illy share video perasan yang kami dah buat.
Lobby dia cantik weyh. Tengok lah ukiran kayu tu semua, sangat klasik. Kat sini jer pun dah boleh buat port ootd.
Ni reception dia. Kemas dan terjaga. Ada yang jam ikut negara lain pukul berapa tu (very old school) ada aquarium belakang tu cantik la. Rasa macam pergi ke 20 tahun lepas. Zaman tu kira paling up ni illy rasa.
Rasa nak pengsan pun ada baca aktiviti, memang sangat berbaloi RM70 dewasa kalau nka snorkeling selama 2 jam. Eh kami masa pergi thailand aritu, paling murah dapat pun RM100 juga satu kepala Sebab duit conversion kita menyebabkan bukan semua benda murah di thailand. Kami tak sempat nak try aktiviti kali ni, next time bawa budak rasa nak juga try booking activity. Naik kuda tepi pantai ke kan macam menarik tu. Nak tengok harga lebih jelas boleh click kat gamba tu k.
Kalau teringin dinner di hotel, RM30 seorang dewasa dapat Steamboat Yong Tau Foo dan barbeque. Berbaloi sangat tu. Kalau malas nak keluar la.
Ni bilik kami. Teramat okay. Kami dapat ground floor tak perlu naik turun tangga dan betul depan kolam. Buka pintu terus boleh jalan tepi pool. Tilam takda la empuk giler, just nice selesa lah. Bilik pun bersih dah luas.
Bagi illy basic nessecity tu ada. Lengkap, nak peti ice ada nak cermin nak tv nak air cond semua ada, bath tub takda. Bagi harga yang kami bayar RM150 kami rasa dapat lebih dari apa yang kami bayar. Kalau kat KL ni paling kurang dalam rm300 tak lari. Kalau kat kl dapat satu malam, spend kat sini boleh dapat 2 malam, memang okay la tu.
Petang tu lepas dah lepak hilang kan penat kami nak gi cari celup - celup tepung. Boleh plak nampak ada dua budak naik moto tengah hambat lembu yang dorang jaga. Sweet kot. Kat kl mana nak nampak situasi macam ni. Banyak ilmu budak ni jaga lembu, kalau suruh illy mau nangis lembu tak dengar cakap hahaha...
Round kat kawasan cherating, jumpa kedai Pok Die. Bukan mati, deeee bukan die. Paham tak beza nya. Saje gurau. Sebelah kedai Pok Die ni ada kedai jual batu nisan. Kebetulan?
Sampai sini kena try mee calong. Paling wajib celup - celup tepung. Kami order udang celup tepung 3 batang RM10, mee calong RM5 dan keropok lekor RM2. Nikmat yang amat. Kat tepi jalan kuar dari hotel memang banyak gerai kiri kanan jadi tinggal nak pilih jer mana yang berkenan.
Lepas dah minum petang, kami balik hotel round area hotel plak. Besar kawsan Holiday Villa Cherating ni. Kalau musim cuti sekolah rasa mesti ramai orang sebab kolam pun memang dia dah sediakan dua tempat tu jadi walaupun ramai kurang pack. Masa kami pergi tu bukan cuti sekolah, tenang ya rabi. Dah macam book resort persendirian pun ada.
Area pantai ada plak port lepak camni. Malam pun best layan angin pantai kat sini. Rasa recharge terus badan dengan kepala, hati terus kurang sakit, masalah semua hilang sekejap.
Petang tu kami sempat jalan kat pantai, kutip cenkerang untuk event yang illy nak buat bulan 4 ni tema dia under the sea. Alang - alang, kutip la cenkerang sekali. Sambil tu nampak ada ketam kecik lari - lari. Kalau bawa anak kami tu mesti heboh dia. Rindu plak kat anak masa ni. Takpe la next time mummy bawa k.
Ni paling illy recommend. Pergi kalau korang nak makan sedap dan murah. Serious wajib pergi. Tapi masa pergi tu kena bekalkan kesabaran. Jangan pergi time lapar atau peak hours. Sebab kedai ni antara masak paling sedap di Cherating, jadi order dia banyak so ambik masa sikit. Kalau sanggup tunggu paling sekejap pun sejam ke atas then boleh cuba. Lagi afdal call dulu, order terus ni illy dah ambikan gambar. Sebelum kuar hotel call, bagitau nak makan apa, nanti dah sampai menda dah siap tunggu tak lama sangat.
Harga okay, mahal sikit kalau ikut standard cherating. Tapi bagi yang dari kl mesti rasa berbaloi sangat. Boleh click gmabar menu kalau nak tengok lebih jelas. Intan Seafood Cherating Restaurant, sedap walaupun kena tunggu lama tapi tak marah sebab makanan dia sedap jadi sejuk terus hati.
Kami order sup sayur, dah habis sementara tunggu lauk lain sampai nak ambi kgambar sekali kami dah bantai semua hasil dalam sup sayur tinggal sup kosong hahaha.. Order juga sotong goreng tepung depp fried dan udang butter size besar. Udang ikut harga semasa. Kat cherating ni dekat dengan banyak port nelayan makanan laut dia murah. Udang besar ni dia kira RM15 per 100gram.
Besar tapak tangan kot nak besar camne lagi. Sekali makan udang, dengan sup sayur, dengan sotong dan air buah dua total cuba teka berapa? RM69 my god, cam tak caya ingat dalam seratus juga tu, sekali RM69 okay sangat weyh.
Kami ambik bilik jer tak ambik hotel breakfast, pagi tu husband illy ajak gi cari breakfast. Kami jumpa Kedai Kopi Baging.
Abaikan muka tak pakai make up dan tak mandi lagi tu. Srory sikit gigi dah gosok tau hahahaha... Pagi tu illy makan nasi minyak ayam merah. Punya lah sedap ayam merah dia. Johan pulak mula nak nasi dagang pastu tukar pikiran nampak sambal ikan tongkol, dia nak makan nasi lemak plak. Sekali teh o satu, teh susu satu, dan nasi sorang sepinggan total RM9.80
I tell you, kalau kat damansara RM9.80 tu kami dapat juice jer. Kesian tak kitorang. Tu la siapa dapat duduk luar bandar hargai menda ni semua. Makan dapat fresh, harga pun sangat berpatutan, nikmat semua tu. Kitorang time cuti baru nak dapat merasa.
Sedap weyh, rindu nak breakfast camni. Ni yang rasa nak plan gi cherating lagi ni.
Dah mandi, dah touch up make up sekilo, dah buat rambut baru senonoh sikit hahahahahaa... Tu kalau dah bergaya bagai tu nak gi giler gambar la tu japgi. Buat stock instagram, siapkan shooting product shoot sekali. Illy setiap kali pergi bercuti bukan kosong. Mesti selit kerja juga, ni ambik gambar record video nak cerita balik kat korang. Pastu nak ambik product shoot untuk product review semua. Itu lah salah satu cara kami tanggung anak dan kehidupan. Paling penting kami enjoy kerja macam ni.
On ke tak on? Ni yang La Villa Cherating illy cakap tadi. Yang bilik jenis macam ni dia apa private swimming pool. Setiap villa dia ikut nama negeri dalam malaysia. Kami pergi Villa Pahang, tumpang mabik gambar kejap. Memang target lepas ni nak bawa anak tidur sini. Bagi dorang swimming sampai puas. Kita jengok dari katil dalam bilik. SELESA hahaha..
Kalau rasa apa yang illy share ni bermanfaat, booking la pakai link ni. click kat sini. Bila korang pakai link tu, illy dapat commision sikit. Ni la cara blogger buat duit.Terima kasih siap- siap illy ucapkan pada yang sudi support kami, boleh la buat beli lampin anak ke, buat bayar internet ke. Dapat la sikit, hasil titik peluh spend time menulis. So far, illy memang selalu pakai booking.com kalau nak book hotel, sebab bila kita selalu guna dia akan naik kan pangkat kita dan boleh dapat banyak lagi discount special. Lagi kita loyal dengan booking.com lagi banyak dia bagi harga istimewa.
Alright, kalau takda idea mana nak bercuti yang rehatkan minda dan tak perlu kos banyak dan makan pun murah boleh consider cherating k? Banyak jer chalet bawah rm50 pun ada, ikut korang nak macam mana. Bagi illy RM150 dapat duduk selesa dah berbaloi teramat sangat.
Tu jer la nak share, till next blogpost k? Please take care!
Comments
Post a Comment
Thank you so much for taking the time to comment :)
I love reading it <3 Big hug!!