Jimat Beli Package Percutian di Traveloka Saleabration

Mar 5, 2019




Assalamualaikum and Olla everyone! 

Rasa macam bukan rahsia yang kitorang suka bawa anak pergi explore dan try experience baru. Tak semestinya nak kena mahal atau jauh. Kalau dapat jauh memang lagi best sebab lagi banyak terbuka kita punya mata dengan minda. Tahun ni kami dah plan nak pergi Krabi dan Can Tho. Yang Krabi tu husband illy ah nak sangat, rindu pantai katanya. Yang tu family trip bawa budak gi snokel pun okay. Bukan nak cakap apa lah, belajar pasal laut ke ikan ke sotong ke, kat dalam buku dengan duduk kat laut tengok sendiri depan mata pun kira belajar. Sebab kita ni belajar dari pelbagai deria. 


Kalau nak jimat, ramai yang prefer pergi Matta Fair 2019. Illy to be honest terus terang cakap belum pernah pergi Matta Fair lagi, ramai juga yang bagitau Matta Fair Promo memang gempak. 


Selalunya, semua kami punya travel trip memang kami plan awal dalam setahun sebelum atleast. Bila plan awal ni kita boleh dapat alert bila sale then dah boleh research base fair and low fair. Ni ikut pengalaman kitorang lah. Tapi boleh jer nak try pergi Matta Fair, mana tau ada yang menarik kan? 




Bagi yang luar kl atau pun yang takda masa atau peluang nak pergi Matta Fair boleh la survey Traveloka Salebration. Nama pun gabung Sale dan Celebration so rasanya banyak tu discount menarik nanti. Mana tau dapat flight deal yang memang murah tak masuk akal ke kan? Serious tau, bukan nak melawak tapi ada sekali tu kami pergi seminggu kat Hard Rock Penang, harga ticket kapal terbang anak beranak dari kl ke penang lagi murah dari tambang teksi dari airport penang ke batu feringghi. Memang lawak la juga tapi tu nama nya rezeki. Kalau kita plan betul - betul memang boleh sangat cari deal terbaik untuk family kita. Usaha, niat pasti dapat. 



Apa yang menarik Traveloka punya app, all in one. Nak book ticket flight ke, nak booking hotel ke atau nak booking activities pun boleh terus. Takda nak pakai app banyak. Satu app jer dah settle segala keperluan. 


Pastu mesti lah mudah, sebab picit jer telefon dah dapat good deal. Memikirkan pakai make up, nak mandikan anak, nak siapkan nak cari parking lagi.. hadoi banyak kerja weyh. Tu masa an tenaga juga tu. Ni pakai app, tak susah pakai baju tidur baring atas sofa pun boleh survey apa menarik. Ada juga yang bagitau Traveloka mengamalkan honest pricing so bagus la untuk kita as pembeli. 

Before illy end this post, nak share sikit tips bawa anak berjalan. Dulu illy masa bawa sofea masa mula tu memang nervous. Rasa nak angkut sampai thermometer la, wet wipes bawak sampai 3 pack baru, nappy cream bagai. Then bila dah banyak kali berjalan actually bawa basic jer pun dah cukup, illy just bawa baju dorang ikut berapa malam stay, then baju mandi pastu diaper untuk adik pun illy bawa 3 keping jer, yang lain semua beli kat lokasi jalan tu. Sebab apa? Benda tu nak pakai kat sana, so jimat space and tak berat nak angkut. Just beli apa nak pakai jer la. Banyak jer small pack travel ada jual kat tempat korang nka pergi tu nanti. Dulu siap angkut stroller bagai. Sekarang ni takda just bawa baby carrier sudah. Sebab banyak tempat bukan boleh bawa stroller nak plak kami memang kaki outdoor so membazir jer bawa stroller. Sofea dah boleh jalan sendiri. Kitorang seret jer dia. Pernah pergi Hanoi jalan kaki 14km sehari. Rileks jer dia join. Manusia have a high ability untuk adapt, bila kita bagi semangat and trust sebenarnya dorang boleh. 

Tips lagi, naik flight nanti dorang maca bingit telinga sebab change of pressure kan? Bagi minum susu ataupun kunyah biscuit macam tu nanti tak bingit sangat telinga so tak meragam. Kalau meragam pun, buat rileks just bangun bawa dia gerak ke depan ke belakang jalan sikit. Sebab budak ni kalua tempat confined memang ada yang tak selesa. So, try ubah angin dorang. Pandai – pandai lah k. I know you can do it!





Okay tu jer la nak share kali ni, harap membantu. Nanti yang Traveloka Salebration tu timing dia lebih kurang dengan Matta Fair 2019. Yang Traveloka start lagi 5 hari. Sekarang ni kalau pergi kat app tengok start ada voucher la, kalau rajin dan tak nak miss out dah boleh dah tu set dalam calender lagi 5 hari check Traveloka punya app. HAHAHA nampak tak semangat siap masuk calender. Yang itu namanya usaha. Macam illy cakpa tadi. Ada niat, ada usaha, mesti boleh. 

Alright, have fun! Jumpa lagi next blogpost.


No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)